18 Oct 2014

Kelebihan Istighfar


Setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa setiap hari samada dosa  kecil dan dosa besar.  Sebagaimana yang kita ketahui bahawa setiap dosa  yang dilakukan itu akan kekal tercatit dalam kitab catatan amalan masing-masing di mana kitab ini ditulis oleh dua malaikat yang sentiasa berada bersama kita setiap saat.
Allah SWT  telah berfirman untuk memberitahu hamba-hambaNya bahawa setiap dosa itu tidak akan terhapus atau hilang melainkan kita bertaubat kepada Allah SWT.

Dosa-dosa kecil itu boleh terhapus dengan perlakuan wuduk, bersolat dan berbuat amal soleh. Namun ada banyak dosa yang boleh terhapus dengan menyebut kalimah ‘Astaghfirullah’ dengan penuh ikhlas.


Di dalam al-Quran disebutkan bahawa barang siapa memperbaiki ketaqwaannya, maka akan dikurniakan oleh Allah SWT rezeki dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangkakan.


Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata:
‘Telah bersabda Rasulullah SAW: ‘Barangsiapa melazimkan beristighfar (yakni, menyebutkan ‘astaghfrullah’ (lebih baik sepenuhnya, iaitu: ‘astaghfirullahl-‘azim, allazi lailaha-illalah hual-haiyul-qaiyim, wa-atubu ilaihi’), akan menjadikan Allah SWT baginya (kesenangan) dari setiap kesusahan, maka diberikan dari setiap kesempitan jalan-jalan keluar dan memberi rezeki padanya (oleh Allah SWT dari jalan  yang tidak disangka-sangka.’ [Hadith Abu Daud]
Rasulullah SAW telah menyampaikan kepada umatnya akan kebaikan yang diperoleh oleh seseorang Muslim beriman yang sering membiasakan dirinya menyebut kalimah ‘Astaghfirullah‘  iaitu:
1. Allah SWT  akan mendatangkan kesenangan bagi setiap kesusahan yang kita hadapi.
2. Allah  SWT  memberikan kepada kita jalan keluar atau penyelesaian terhadap segala kesusahan yang kita hadapi.
3.  Allah SWT memberi kita rezeki dari sumber-sumber atau arah yang kita tidak sangka-sangka.
Yang dimaksudkan seseorang Muslim yang beriman di sini ialah mereka yang  benar-benar beriman dan layak menerima ganjaran dariNya.
Seseorang yang beriman adalah mereka yang tidak meninggalkan perintah wajib seumpama solat, berpuasa dan sebagainya. Mereka hendaklah pula ikhlas menyebut kalimah serta yakin dia bahawa pertolongan Allah SWT adalah suatu yang.
Maksudnya, kalau Allah SWT  mahu memberikan rezeki buat kita, tiada sesiapa pun boleh menghalanginya.  Sebaliknya, jika Allah SWT  tidak mahu beri, tiada siapa juga yang  boleh memberikan rezeki tersebut kepada kita.
Disebutkan di dalam hadith yang lain bahawa walaupun Rasullullah SAW itu ‘maksum’ (tidak berdosa) tetapi baginda beristighfar 70 (dan mengikut riwayat lain 100) kali sehari.
Mari kita amalkan sama-sama 100 kali sehari.

No comments: