28 Apr 2013

Cara Panaskan Susu Ibu

Assalammualaikum... salam sayang...


Semalam banyak sangat keje kat opis, x sempat nak update blog. Ni curi2 masa update blog jap. Kali ni nak share cara panaskan susu ibu.

Semua orang tahu kan susu ibu ni senstif sangat2. tak sama macam susu fm. Susu fm boleh digoncang2, tapi susu ibu tak boleh ye. Cuma boleh digoyang2 manje je. Ok tak nak bebel panjang lebar. Jom tengok gambar dibawah. Cara - cara panaskan susu ibu (EBM), utk bagi si si manja minum.




1. Keluarkan pek susu beku mengikut keperluan anak anda - Biasa saya akan keluarkan malam, letak di chiller. Esok comfirm cair. Tapi ni utk guna keesokan hari nya.

2. Untuk mencairkan susu beku, rendam dalam semangkuk air atau lalu kan di bawah air paip - ini cara utk cairkan cepat susu ibu dan terus boleh guna.

3. Tuang susu yang telah cair ke dalam botol susu - ikut keperluan bayi. jika bayi kecik lagi, minum tak banyak. Biasa 2- 3 oz sahaja, yang selebihnya simpan dalam peti ais semula ( chiller ). Susu yang sudah dicairkan boleh gune 24jam jika tidak dipanaskan.

4. Panaskan susu sama ada menggunakan warmer atau rendam dalam semangkuku air suam (nisbah 1 cawan air panas 1/2 cawan air sejuk) - tak boleh panaskan atas dapur atau dalam microwave. Suhu x boleh terlalu panas, nanti khasiat susu kurang.

5. Selalu periksa suhu susu sebelum memberikan kepada anak anda - kena cek ye supaya x la panaskan bayi kita minum susu. Nanti melecur plak mulut dia.

6. Terus bagi bayi anda minum susu. ^_^


Bagi ibu2 baru, ikut ye cara ni. Susu ibu memang kena jaga dengan betul supaya khasiat nya tidak kurang dan sama seperti susu fresh yang lepas di pam.

26 Apr 2013

Basic H ~ Pembersih Serbaguna

hye...

Hari ni nak kongsi kan kebaikan Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate. Ni bukan vitamin ye, tapi pembersih serbaguna keluaran dari shaklee.




Basic H

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

~Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan 
~Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah 
~Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak 
~Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama 
~Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan 

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:

~ Dinding 
~ Permukaan dapur, jubin dan lantai 
~ Peralatan 
~ Periuk, besen, pinggan dan mangkuk 
~ Tingkap dan cermin 
~ Perkakas 
~ Benda-benda diperbuat daripada kayu 
~ Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin) 

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan: 

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk 
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee: 

Selamat

~ Tidak bertoksik 
~ Tanpa gas beracun 
~ Tanpa bahan kimia berbahaya 
~ Tanpa bahan pewangi 
~ Lembut pada tangan 
~ pH seimbang 
~ Tanpa klorin 

Berkesan

~ Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak 
~ Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air 
~ Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama 

Mesra Alam
~ Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
~ Biorosot 
~ Tanpa fosfat 
~ Bungkusan yang boleh kitar semula 
~ Tanpa bahan pewarna 
~ Selamat untuk sistem septik dan pembentungan 





sumber : Shaklee


Saya pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei. Dapatkan konsultasi PERCUMA & TERBAIK dengan setiap pembelian dari blog bahagiamilikku.


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 / 019-7557153
  Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Pin BB : 2949585B
COD : MUAR, TANGKAK, JASIN, MELAKA


Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia








23 Apr 2013

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) ~ Rawat La Dengan VIVIX

Penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus ini merupakan penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh iaitu autoimmune disease.
Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Rheumatologi, Jabatan Perubatan Hospital Selayang, Selangor, Dr. Ong Swee Gaik,

"Sistem pertahanan tubuh merupakan rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing. 

“Sistem pertahanan tubuh yang normal akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisme yang masuk ke dalam tubuh untuk mengelak serangan jangkitan organisme berkenaan. Antibodi yang terhasil akan menyerang organisme tersebut untuk mempertahankan tubuh,”.

Malangnya bagi seorang pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri yang menyebabkan organ di dalam tubuh pesakit mengalami keradangan. 

Terdapat tiga jenis penyakit “lupus” iaitu:
i) Discoid Lupus Eritematosus (DLE) iaitu yang melibatkan kulit sahaja, 
ii) Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) yang boleh melibatkan pelbagai organ di dalam tubuh, dan 
iii)Drug Induced Lupus yang diakibatkan daripada sesetengah ubat-ubatan. 

Penyakit ini kadang-kadang sukar didiagnos pada peringkat awalnya kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini adalah kerana gejala-gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. 

Antara tanda-tanda dan gejala-gejala yang dikaitkan dengan SLE ialah:
* ruam-ruam pada kulit muka dan badan, 
* kulit yang sensitif kepada cahaya matahari, 
* ulser pada mulut, 
* keguguran rambut, 
* sakit dan radang pada sendi, 
* demam yang berlarutan, 
* rasa letih-lesu, 
* sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy) dan 
* vasculitis (radang pada saluran darah). 

Penyakit ini buat masa ini, tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dirawat dan dikawal. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, pesakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang. Selain daripada buah pinggang yang merupakan organ penting, SLE boleh juga melibatkan otak, jantung, paru-paru dan darah.








VIVIX
Vivix, Revolusi terbaru dari Shaklee

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Sumber: Shaklee Malaysiabuahatikusayang





Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Fanpage: http://facebook.com/VitaminterbaikAnda
Pin BB : 2949585B
COD : MUAR, TANGKAK, JASIN, MELAKA


Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia



22 Apr 2013

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua...


Ramai customer saya mintak tips penyusuan dari saya. Sememangnya PERCUMA utk customer2 saya. Tips tu tak akan dapat dimana2. Hanya dengan pembelian SET PENYUSUAN, anda semua layak mendapatkan secara percuma dari saya. Jika amalkan tips penyusuan tu, susu pasti meriah. Ada juga customer saya tidak berpuas hati kerana dia telah mengambil supplement, tapi susu tetap sama, tiada perubahan. Bila di tanya macam mana cara pam dan sebagainya, JAWAPANYA "saya pam x ikut masa', "saya pam bila breast saya berat", "malas la nak pam hasilnya dapat skit je"... Kalo macam ni, niat utk menyusu 2 tahun tu tak akan sampai. Memang salah jika kita nak pam tapi tunggu breast berat dulu. Susu akan makin lama makin merundum. Jadi jangan salahkan supplement. Kita x boleh berharap pada supplement semata2. Kita pun kena berusaha juga dan konsisten pam. Pasti susu meriah.


Hari ni saya nak bagi satu tips utk banyakkan susu ibu. Pernah dengar Power Pumping?


Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.

3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – Kekurangan susu berpunca dari pelbagai factor seperti perubahan hormon, period, kurang mengepam dan lain – lain.


Bagaimana utk buat Power Pumping?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan ulangi cara yang sama selama 1 jam.


Waktu yang sesuai utk lakukan Power Pumping?

Waktu yang disarankan ialah waktu malam hingga ke subuh kerana pengeluaran hormon lebih tinggi waktu ni. Dan seelok-eloknya buat sehari sekali. Bagi mommies yang tiada masa, boleh lakukan bila -bila masa. Lebih - lebih lagi bagi mommies yang bekerja seperti saya. Saya lakukan time rehat dan bila - bila masa saya free. Boleh juga buat pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat 2 hari berturut2 semasa cuti dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, in sya Allah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam

♥ Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

♥ Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

♥ Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

♥Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

♥ Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu.

♥Pum setiap 2-4jam sekali

♥Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

♥Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)


HAPPY PUMPING!!! ^^


0176777153