Showing posts with label JEMPUT REZEKI. Show all posts
Showing posts with label JEMPUT REZEKI. Show all posts

18 Oct 2014

Kelebihan Istighfar


Setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa setiap hari samada dosa  kecil dan dosa besar.  Sebagaimana yang kita ketahui bahawa setiap dosa  yang dilakukan itu akan kekal tercatit dalam kitab catatan amalan masing-masing di mana kitab ini ditulis oleh dua malaikat yang sentiasa berada bersama kita setiap saat.
Allah SWT  telah berfirman untuk memberitahu hamba-hambaNya bahawa setiap dosa itu tidak akan terhapus atau hilang melainkan kita bertaubat kepada Allah SWT.

Dosa-dosa kecil itu boleh terhapus dengan perlakuan wuduk, bersolat dan berbuat amal soleh. Namun ada banyak dosa yang boleh terhapus dengan menyebut kalimah ‘Astaghfirullah’ dengan penuh ikhlas.


Di dalam al-Quran disebutkan bahawa barang siapa memperbaiki ketaqwaannya, maka akan dikurniakan oleh Allah SWT rezeki dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangkakan.


Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata:
‘Telah bersabda Rasulullah SAW: ‘Barangsiapa melazimkan beristighfar (yakni, menyebutkan ‘astaghfrullah’ (lebih baik sepenuhnya, iaitu: ‘astaghfirullahl-‘azim, allazi lailaha-illalah hual-haiyul-qaiyim, wa-atubu ilaihi’), akan menjadikan Allah SWT baginya (kesenangan) dari setiap kesusahan, maka diberikan dari setiap kesempitan jalan-jalan keluar dan memberi rezeki padanya (oleh Allah SWT dari jalan  yang tidak disangka-sangka.’ [Hadith Abu Daud]
Rasulullah SAW telah menyampaikan kepada umatnya akan kebaikan yang diperoleh oleh seseorang Muslim beriman yang sering membiasakan dirinya menyebut kalimah ‘Astaghfirullah‘  iaitu:
1. Allah SWT  akan mendatangkan kesenangan bagi setiap kesusahan yang kita hadapi.
2. Allah  SWT  memberikan kepada kita jalan keluar atau penyelesaian terhadap segala kesusahan yang kita hadapi.
3.  Allah SWT memberi kita rezeki dari sumber-sumber atau arah yang kita tidak sangka-sangka.
Yang dimaksudkan seseorang Muslim yang beriman di sini ialah mereka yang  benar-benar beriman dan layak menerima ganjaran dariNya.
Seseorang yang beriman adalah mereka yang tidak meninggalkan perintah wajib seumpama solat, berpuasa dan sebagainya. Mereka hendaklah pula ikhlas menyebut kalimah serta yakin dia bahawa pertolongan Allah SWT adalah suatu yang.
Maksudnya, kalau Allah SWT  mahu memberikan rezeki buat kita, tiada sesiapa pun boleh menghalanginya.  Sebaliknya, jika Allah SWT  tidak mahu beri, tiada siapa juga yang  boleh memberikan rezeki tersebut kepada kita.
Disebutkan di dalam hadith yang lain bahawa walaupun Rasullullah SAW itu ‘maksum’ (tidak berdosa) tetapi baginda beristighfar 70 (dan mengikut riwayat lain 100) kali sehari.
Mari kita amalkan sama-sama 100 kali sehari.

14 Mar 2014

Keajaiban SEDEKAH!

Hari ni saya nak kongsikan cerita dari group lain. Saya dapat msg ni dari kawan sy di group wasap Jutawan Anis Cake coklat moist Melaka. Saya  share cerita ini dlm group watsap biz Shaklee saya pula. Memang sgt bermanfaat.. lebih2 lagi buat saya yg nak jadi JUTAWAN SHAKLEE... aamiinn Korang yg baca pun boleh apply sama. 

"Assalamualaikum,

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka 'tersangat' kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak ganti RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah.....

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak.. bila kita memberi, kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita tak usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.

Wassalam"

Sangat mudah kan? Keluarkan duit yg paling besar dalam beg duit kita. Lepas tu berdoa dengan yakin bahawa ALLAH akan berikan yg terbaik juga. In sha Allah...

Kita tidak akan jatuh miskin kalau kita bersedekah setiap hari...

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian dari blog ini.




 Call/WhatsApp: 017-6777153/019-7557153
  Email: azah150386@yahoo.com
 FB : Azah Ezat
 COD: MUAR,TANGKAK,JASIN,MERLIMAU,LEDANG