Showing posts with label SET E. Show all posts
Showing posts with label SET E. Show all posts

13 Mar 2014

Rahsia Banyakkan Susu Badan!

Alhamdulilah... Hari ni 13.03.14 si kecil Aqif Rizqi genap 2 tahun 3 bulan. Cepat sangat rasanya dia membesar. Dan Alhamdulilah juga kerana saya masih dikurniakan susu ibu lagi untuk menyusukan si manja Aqif. Ramai yang tidak percaya saya masih menyusukan Aqif. Syukur sangat dapat susukan Aqif lebih 2 tahun. Rasanya ade yang lebih 3 atau 4 tahun dapat susukan anaknya dengan susu ibu tanpa memberi susu fm. 



Aqif da mula belajar minum susu fm. Tu pun ikut mood dia, bila dia cakap nak nenen, nenen la jawab nya. Bila dia kata nak susu botol, susu botol la. Tak nak nenen. Tapi malam mesti nak nenen. Tak boleh tidur tanpa nenen. Itu la Aqif  bila dia da pandai cakap...

Ramai yang ingin kan susu banyakkan? siapa yang tak nak kan. Dapat susukan anak sehingga 2 tahun atau lebih. Besar ganjarannya nanti. Sebenarnya ada rahsia terbesar utk memastikan susu ibu itu banyak dan berterusan. Saya pun baru tahu bila sudah bergelar IBU. Mungkin ramai ibu2 muda yang belum tahu apa rahsianya. Jom baca rahsia ini...

Rahsia  1 ( Rahsia Utama)
- Pastikan pengambilan makanan waktu utama ( sarapan, makan tengah hari dan dinner) adalah lengkap dan seimbang.- makanan inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu. Ada ibu2 yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana dikhuatiri gemuk maka golongan ini akan makan sekadar memastikan perut tidak lapar. Mereka ini hanya melengkapkan makanan harian tanpa memikirkan keseimbangan zat yang diambil...dan kemudian golongan ini akan mula bertanya mengapa berat anak saya tidak naik ye?


Rahsia  2
-Banyakkan minum air- sebanyak mana hanya diri anda yang mengetahuinya. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti!


Rahsia 3
-Pengambilan supplement adalah sangat-sangat penting. Saya tekankan sekali sangat penting. Mengapa? Kerana ianya banyak membantu agar tubuh menjalankan sistemnya dengan baik. Pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan.B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis.Pengambilan Omega sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susuibu. Selain itu contoh lain yang boleh saya beri ialah pengambilan alfalfa sebagai peransang kepada tubuh untuk menghasilkan susu dan ternyata ianya sangat berkesan! Sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin namun saya akan mudah terangkan bagi mereka yang memerlukan khidmat consultation secara intensif.

Masih tidak percaya?
Hasil kajian saya secara peribadi mendapati rata2 ibu yang merasakan dirinya hanya dapat menghasilkan susu yang sedikit atau mengalami susu merundum adalah kerana golongan ini tidak menjaga pengambilan pemakanannya. Mereka mungkin khuatir akan gemuk, maka akan mengambil makanan yang ringan ( very light) dalam semua meal.

 Ada yang mengadu dengan saya, saya dah makan semua supplement yang dicadangkan namun susu saya tidak melimpah ruah... maka saya akan bertanya apakah pengambilan makan tengahari puan hari ini? Dengan nada lembut, saya makan kuih muih sahaja hari ini. Wahai temanku sayang, kita bukan hanya perlu pentingkan kuantiti tetapi kualiti.

Sebagai contoh mudah saya cuba gambarkan ... 

'bolehkah sebatang tebu menghasilkan air tebu sebanyak satu jug? Biarpun kita menggunakan mesin yang canggih untuk memprosesnya tapi yang pasti sebatang tebu takkan dapat menghasilkan satu jug air tebu'


Saya memang seorang yang kuat makan... namun saya pastikan pengambilan supplement asas tidak saya abaikan agar makanan yang saya ambil tidak menjadi lemak mahupun lemak tepu dalam tubuh saya. Siapa yang mahu kelihatan besar bukan? Maka saya percaya ibu yang menyusukan anak ditambah dengan pengambilan supplement yang betul akan memastikan ibu itu sentiasa ramping dan kelihatan muda! Selain itu kesannya terhadap anak yang menyusu... fuuuhhh ,hanya mereka yang mengamalkan 3 rahsia besar ini sahaja yang tahu kehebatannya!





Ingin kan Tips penyusuan dari saya?
Hanya customer saya sahaja akan dapat tips exclusive ini.
Tunggu apa lagi,  JOM beli set penyusuan dari saya dan anda layak dapat TIPS EXCLUSIVE penyusuan.



 Call/WhatsApp: 017-6777153/019-7557153
  Email: azah150386@yahoo.com
 FB : Azah Ezat
♥ COD: MUAR,TANGKAK,JASIN,MERLIMAU


22 Apr 2013

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua...


Ramai customer saya mintak tips penyusuan dari saya. Sememangnya PERCUMA utk customer2 saya. Tips tu tak akan dapat dimana2. Hanya dengan pembelian SET PENYUSUAN, anda semua layak mendapatkan secara percuma dari saya. Jika amalkan tips penyusuan tu, susu pasti meriah. Ada juga customer saya tidak berpuas hati kerana dia telah mengambil supplement, tapi susu tetap sama, tiada perubahan. Bila di tanya macam mana cara pam dan sebagainya, JAWAPANYA "saya pam x ikut masa', "saya pam bila breast saya berat", "malas la nak pam hasilnya dapat skit je"... Kalo macam ni, niat utk menyusu 2 tahun tu tak akan sampai. Memang salah jika kita nak pam tapi tunggu breast berat dulu. Susu akan makin lama makin merundum. Jadi jangan salahkan supplement. Kita x boleh berharap pada supplement semata2. Kita pun kena berusaha juga dan konsisten pam. Pasti susu meriah.


Hari ni saya nak bagi satu tips utk banyakkan susu ibu. Pernah dengar Power Pumping?


Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.

3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – Kekurangan susu berpunca dari pelbagai factor seperti perubahan hormon, period, kurang mengepam dan lain – lain.


Bagaimana utk buat Power Pumping?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan ulangi cara yang sama selama 1 jam.


Waktu yang sesuai utk lakukan Power Pumping?

Waktu yang disarankan ialah waktu malam hingga ke subuh kerana pengeluaran hormon lebih tinggi waktu ni. Dan seelok-eloknya buat sehari sekali. Bagi mommies yang tiada masa, boleh lakukan bila -bila masa. Lebih - lebih lagi bagi mommies yang bekerja seperti saya. Saya lakukan time rehat dan bila - bila masa saya free. Boleh juga buat pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat 2 hari berturut2 semasa cuti dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, in sya Allah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam

♥ Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

♥ Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

♥ Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

♥Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

♥ Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu.

♥Pum setiap 2-4jam sekali

♥Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

♥Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)


HAPPY PUMPING!!! ^^


0176777153