Showing posts with label SET 3M. Show all posts
Showing posts with label SET 3M. Show all posts

1 Jun 2015

Promosi YES PACK - HEALTHY POSTNATAL


Promosi MEI - OKT 2015





Set ibu Menyusu
  • Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin
  • Membekalkan nutrien penting
  • Memberi tenaga yang berpanjangan
  • Membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu
  • Memekatkan susu ibu, baby cepat kenyang
  • Menguatkan sistem imun (kuatkan antibody) ibu dan juga baby
  • Mengawal berat badan badan ibu
  • Menegangkan payu dara
  • Mengetatkan miss v
  • Memulihkan dalaman wanita
  • Mengurangkan stress
  • Kulit lebih halus dan gebu
  • Menhilangkan keputihan dan bau badan
  • Mengurangkan alergi

salah satu Testimoni customer yg mengamalkan set menyusu shaklee




Dapatkan sekarang dengan HARGA YG LEBIH JIMAT...
Hanya pada bulan mei, jun, julai, Ogos, September dan Oktober sahaja...
Tips penyusuan akan diberikan...
Saya akan kongsikan pengalaman saya menyusukan anak secara exclusive selama 2 tahun..








13 Mar 2014

Rahsia Banyakkan Susu Badan!

Alhamdulilah... Hari ni 13.03.14 si kecil Aqif Rizqi genap 2 tahun 3 bulan. Cepat sangat rasanya dia membesar. Dan Alhamdulilah juga kerana saya masih dikurniakan susu ibu lagi untuk menyusukan si manja Aqif. Ramai yang tidak percaya saya masih menyusukan Aqif. Syukur sangat dapat susukan Aqif lebih 2 tahun. Rasanya ade yang lebih 3 atau 4 tahun dapat susukan anaknya dengan susu ibu tanpa memberi susu fm. 



Aqif da mula belajar minum susu fm. Tu pun ikut mood dia, bila dia cakap nak nenen, nenen la jawab nya. Bila dia kata nak susu botol, susu botol la. Tak nak nenen. Tapi malam mesti nak nenen. Tak boleh tidur tanpa nenen. Itu la Aqif  bila dia da pandai cakap...

Ramai yang ingin kan susu banyakkan? siapa yang tak nak kan. Dapat susukan anak sehingga 2 tahun atau lebih. Besar ganjarannya nanti. Sebenarnya ada rahsia terbesar utk memastikan susu ibu itu banyak dan berterusan. Saya pun baru tahu bila sudah bergelar IBU. Mungkin ramai ibu2 muda yang belum tahu apa rahsianya. Jom baca rahsia ini...

Rahsia  1 ( Rahsia Utama)
- Pastikan pengambilan makanan waktu utama ( sarapan, makan tengah hari dan dinner) adalah lengkap dan seimbang.- makanan inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu. Ada ibu2 yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana dikhuatiri gemuk maka golongan ini akan makan sekadar memastikan perut tidak lapar. Mereka ini hanya melengkapkan makanan harian tanpa memikirkan keseimbangan zat yang diambil...dan kemudian golongan ini akan mula bertanya mengapa berat anak saya tidak naik ye?


Rahsia  2
-Banyakkan minum air- sebanyak mana hanya diri anda yang mengetahuinya. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti!


Rahsia 3
-Pengambilan supplement adalah sangat-sangat penting. Saya tekankan sekali sangat penting. Mengapa? Kerana ianya banyak membantu agar tubuh menjalankan sistemnya dengan baik. Pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan.B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis.Pengambilan Omega sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susuibu. Selain itu contoh lain yang boleh saya beri ialah pengambilan alfalfa sebagai peransang kepada tubuh untuk menghasilkan susu dan ternyata ianya sangat berkesan! Sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin namun saya akan mudah terangkan bagi mereka yang memerlukan khidmat consultation secara intensif.

Masih tidak percaya?
Hasil kajian saya secara peribadi mendapati rata2 ibu yang merasakan dirinya hanya dapat menghasilkan susu yang sedikit atau mengalami susu merundum adalah kerana golongan ini tidak menjaga pengambilan pemakanannya. Mereka mungkin khuatir akan gemuk, maka akan mengambil makanan yang ringan ( very light) dalam semua meal.

 Ada yang mengadu dengan saya, saya dah makan semua supplement yang dicadangkan namun susu saya tidak melimpah ruah... maka saya akan bertanya apakah pengambilan makan tengahari puan hari ini? Dengan nada lembut, saya makan kuih muih sahaja hari ini. Wahai temanku sayang, kita bukan hanya perlu pentingkan kuantiti tetapi kualiti.

Sebagai contoh mudah saya cuba gambarkan ... 

'bolehkah sebatang tebu menghasilkan air tebu sebanyak satu jug? Biarpun kita menggunakan mesin yang canggih untuk memprosesnya tapi yang pasti sebatang tebu takkan dapat menghasilkan satu jug air tebu'


Saya memang seorang yang kuat makan... namun saya pastikan pengambilan supplement asas tidak saya abaikan agar makanan yang saya ambil tidak menjadi lemak mahupun lemak tepu dalam tubuh saya. Siapa yang mahu kelihatan besar bukan? Maka saya percaya ibu yang menyusukan anak ditambah dengan pengambilan supplement yang betul akan memastikan ibu itu sentiasa ramping dan kelihatan muda! Selain itu kesannya terhadap anak yang menyusu... fuuuhhh ,hanya mereka yang mengamalkan 3 rahsia besar ini sahaja yang tahu kehebatannya!





Ingin kan Tips penyusuan dari saya?
Hanya customer saya sahaja akan dapat tips exclusive ini.
Tunggu apa lagi,  JOM beli set penyusuan dari saya dan anda layak dapat TIPS EXCLUSIVE penyusuan.



 Call/WhatsApp: 017-6777153/019-7557153
  Email: azah150386@yahoo.com
 FB : Azah Ezat
♥ COD: MUAR,TANGKAK,JASIN,MERLIMAU


22 Apr 2013

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua...


Ramai customer saya mintak tips penyusuan dari saya. Sememangnya PERCUMA utk customer2 saya. Tips tu tak akan dapat dimana2. Hanya dengan pembelian SET PENYUSUAN, anda semua layak mendapatkan secara percuma dari saya. Jika amalkan tips penyusuan tu, susu pasti meriah. Ada juga customer saya tidak berpuas hati kerana dia telah mengambil supplement, tapi susu tetap sama, tiada perubahan. Bila di tanya macam mana cara pam dan sebagainya, JAWAPANYA "saya pam x ikut masa', "saya pam bila breast saya berat", "malas la nak pam hasilnya dapat skit je"... Kalo macam ni, niat utk menyusu 2 tahun tu tak akan sampai. Memang salah jika kita nak pam tapi tunggu breast berat dulu. Susu akan makin lama makin merundum. Jadi jangan salahkan supplement. Kita x boleh berharap pada supplement semata2. Kita pun kena berusaha juga dan konsisten pam. Pasti susu meriah.


Hari ni saya nak bagi satu tips utk banyakkan susu ibu. Pernah dengar Power Pumping?


Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.

3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – Kekurangan susu berpunca dari pelbagai factor seperti perubahan hormon, period, kurang mengepam dan lain – lain.


Bagaimana utk buat Power Pumping?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan ulangi cara yang sama selama 1 jam.


Waktu yang sesuai utk lakukan Power Pumping?

Waktu yang disarankan ialah waktu malam hingga ke subuh kerana pengeluaran hormon lebih tinggi waktu ni. Dan seelok-eloknya buat sehari sekali. Bagi mommies yang tiada masa, boleh lakukan bila -bila masa. Lebih - lebih lagi bagi mommies yang bekerja seperti saya. Saya lakukan time rehat dan bila - bila masa saya free. Boleh juga buat pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat 2 hari berturut2 semasa cuti dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, in sya Allah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam

♥ Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

♥ Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

♥ Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

♥Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

♥ Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu.

♥Pum setiap 2-4jam sekali

♥Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

♥Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)


HAPPY PUMPING!!! ^^


0176777153

22 Mar 2013

Kulit Cantik Berseri!!! Percaya x?

Ok, hari ni excited sgt nak bagi testimoni ni. Ramai yang nak tengok. Dulu rajin upload pic sendiri kat FB, sekarang asyik upload pic Aqif Rizqi je. Pic mama dia da x ade.



Ha ni dia budak yang suka sgt ambik gambar. Pantang tunjuk camera handfon, da stanby senyum.

ok, ni nak tunjuk pic mama Aqif plak. Semua pic tunjuk dekat2 sebab nak tunjuk kulit ye, bukan tunjuk benda lain. hehehe... Nak beza kan dari mase bujang sampai sekarang...

Pic ni sebelum kenal Shaklee...
masa bujang


lepas kawin





masa preggy  ^_^




Selepas mengenal Shaklee.


masa Aqif 3 bulan
( da amik vitamin Shaklee)
Amik vitamin Shaklee dengan tujuan menyusukan Aqif sehingga 2 tahun.  Saya bekerja 8am -6pm . Balik keje nak uruskan anak, suami, rumah tangga. Saya nak badan sentiase bertenaga sebab saya akan bangun malam pam susu dan nyusukan Aqif. 



Terkini


Pic terkini selepas consume set 3m ( set penyusuan), Vit E dan Gla complex.
Dulu x berani nak try Vit e, tapi selepas mengamalkan, memang best. Kulit rasa lembut je. Lagi best bile sapu skit vit e kat muka. Kulit muka pun macam lain je. Ramai yang perasan kelainan kulit saya. Lebih2 lagi hubby saya. Siapa lagi yang nak puji kalau bukan suami sendiri kan. hehehe

Gla complex pun utk kulit sebenarnye, tapi tujuan ambik utk stabilkan hormon sebab lepas bersalin, period x teratur, tapi lepas consume Gla, period da teratur sekarang.

Dulu takut nak bagi testimoni sendiri, sebab takut orang x percaya. Saya lebih suka jumpe orang, biar tengok live baru puas hati kan. 

Ni komen dari rakan Fb saya sendiri setelah tengok saya secara live. ^_^










Nampak x perbezaan?


Apa tunggu lagi? Jom dapatkan vitamin Shaklee utk kecantikan semula jadi. Cantik diluar mahu pun di dalam.

Saya pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei. Dapatkan konsultasi PERCUMA & TERBAIK dengan setiap pembelian dari blog bahagiamilikku.




Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya



Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153

Email: azah150386@yahoo.com 

FB : Azah Ezat


Pin BB : 2949585B

COD : MUAR, TANGKAK, JASIN, MELAKA


Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia










27 Feb 2013

B COMPLEX SHAKLEE MEMANG TERBAIK!!!

Sebelum nak bagi tahu apa yang terbaiknya B complex shaklee ni,
jom tengok dulu botol B complex.




Tengok kapsulnya.

Dan akhir sekali tengok kandungannya.




credit to Kak N


" Baru sy perasan. Sbb skrg sy ambil b-co tablet & asid folik yg dr hosp ker***** (kebetulan family keje kt hops, so sy mmg slalu dpt supply b-co & FA). sy check b-co nyer content ade thiamine (B1), ribofalin (B2) & niacinamide (B3). So total dgn folic acid sy masih kurang B5,B6,B7 & B12 la ek.


B complex Shaklee terdiri daripada 8 B.

1. Thiamin (B-1), 
2. Riboflavin (B-2), 
3. Niacin (B-3), 
4. Pantothenic acid (B-5), 
5. Pyridoxine (B-6), 
6. Biotin (B-7)
7. Folic acid (B-9)
 8. Cobalamin (B-12)  

Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan  keperluan B dalam tubuh kita.


Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?
Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk
  • mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, 
  • Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, 
  • Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein,
  • Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina  
  • menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Siapa sebenarnya yang perlu B complex?
Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang...
  1. Terdedah kepada sinaran matahari
  2. Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  3. Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  4. Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan  yang dilakukan.
  5. Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  6. Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  7. Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  8. Wanita yang mengambil pil perancang


Pengalaman Kak N sendiri dengan B complex :
Saya pernah makan sehingga 10 biji sehari masa zaman student bila nak exam. Terutama yang melibatkan paper yang kena banyak mengingat macam subjek Undang-undang atau subjek yang banyak Teori. Memang seronok menjawab exam dan idea memang mencurah-curah bila hendak menulis. Seharian saya jadi seorang yang sangat periang sehingga tidak boleh melelapkan mata pada malam hari kesan  B complex.
10 tahun dulu saya pernah makan 5 biji B complex selepas sarapan apabila hendak pergi menemuduga supaya saya tidak gugup dan dapat menjawab soalan temuduga dengan nada yang lebih confident. Alhamdulillah memang dapat jawab soalan temuduga dengan baik. Kini saya makan b complex 2-3 biji sehari apabila saya banyak kerja atau ada rasa tertekan demi mengelakkan saya melalui stress. Namun pengambilan sehari biasanya 1 biji dah memadai.


Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin B Complex supaya badan lebih bertenaga, kita lebih sihat, ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang kita hadapi.


**vitamin  ini , ialah vitamin yang larut air dan selamat. Consume lebih bila keadaan memerlukan sahaja.


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Fanpage: http://facebook.com/VitaminterbaikAnda
Pin BB : 2949585B
COD : MUAR, TANGKAK, JASIN, MELAKA


Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia


23 Jan 2013

Set 3M memang superb!

Happy nya bila salah satu customer saya happy. Baru seminggu mencuba Set 3M, sudah nampak perubahan. Susu banyak dan pekat. Dulu nak dapatkan 2oz pun susah. Kini hampir penuh sebotol.


Jom baca perkongsian Hanisah dari Langkawi atau nama FB Haruko sakura





Best kan. Baru seminggu da nampak kesannya. Siapa yg dah cuba je tau kesan best nya mcm mana ; )












Nak TIPS EXCLUSIVE dari saya. Jom beli shaklee dengan saya, dan dapatkan TIPS Exclusive dari saya utk meriahkan susu anda.




Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Fanpage: http://facebook.com/VitaminterbaikAnda
Pin BB : 2949585B
COD : MUAR, TANGKAK, JASIN, MELAKA


Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia

12 Jan 2013

Suami support breastfeeding ♥ ♥ ♥


Hari ni nak kongsi tentang kisah suami yang prihatin sangat2 tentang penyusuan susu ibu. Best kan bila suami sokong kita untuk susu kan anak sehingga 2 tahun.Alhamdulilah suami saya menyokong penuh saya untuk menyusukan anak kami. 






~ share sedikit ttg pengalaman wife sy guna set menyusu esp+vita lea +b com+alfalfa+ostematriks+vit c.
~ 3 jnis susu formula sy try n ank muntah truk, xleh trima.
~stiap 3jam wife sy pam susu sbb mmg nekad nk bg breastfeeding smpai 2thn...
~sehingga kami temui shaklee lps d  pkenalkn kwn.
~susu smakin byk n pekat.
~ekonomi jimat xyah bli susu n baby dpt susu yg terbaik d dunia, xde jual kt mne2...

♥ Sweet kan? Beruntung si isteri ni. suami nya prihatin sangat2 tentang penyusuan susu ibu ni.Kerja kita jadi mudah bila suami support kita tentang penyusuan ni. Lebih - lebih lagi bila semua suami tahu tentang pantang larang susu ibu ni, sebab susu ibu sensitif. Kalau kita tak nak khasiatnya kurang, kita kena jaga betul2, cara penyimpananya. Cara penyimpanan susu ibu boleh baca di sini.



Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Pin BB : 2949585B
COD : MUAR, TANGKAK, JASIN, MELAKA


Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia






Pengedar Sah Shaklee MUAR & JASIN

Saya berkerja di sebuah syarikat di Muar sebagai penyelia projek. Nama je penyelia projek, tapi bukan la pergi tapak projek, tapi jadi boss kecik jaga pusat timbang sawit. Berkerja 8.30-5.30pm.

Sebelum ni saya tak pernah terfikir utk menyusukan anak saya sepenuhnya susu ibu. Dalam adik beradik saya memang ada yg fully bf, tapi akak2 saya ada yang suri rumah, sebab tu akak saya boleh fully bf anak2 nya. Ada juga akak saya yang bekerja, tapi anaknya campur susu fm. Jadi saya memang tak terfikir langsung utk fully bf sebab saya fikir saya bekerja. Semasa kandungan saya masuk 7 bulan, seorang kawan saya add saya di group KIM (kumpulan ibu menyusu). Hari - hari saya tengok group tu dengan tujuan utk membaca pengalaman ibu2 di KIM. Sebab ni anak pertama saya, jadi saya kena cari lebih banyak ilmu utk menjadi seorang ibu. Bila hari -hari saya baca komen2, soalan2  di KIM saya jadi teruja dengan ibu2 yang bekerja boleh menyusukan anak mereka dengan sepenuhnya susu ibu. Lebih - lebih lagi apabila melihat gambar2 susu yang di kongsikan.


Ni salah satu gambar yg membuatkan saya bersemangat utk menuyusukan anak saya dengan sepenuhnya susu ibu tanpa campur dengan susu fm. Sejak dari tu saya byk kan lagi mebaca & google tentang penyusuan susu ibu.

13.12.11 saya melahirkan putera sulung saya. Susu saya keluar selepas 3 hari bersalin. itu pun selepas mengurut. Saya pam susu setiap 3jam 2oz sahaja. Saya try google utk mencari cara utk memperbanyakan susu badan. Aqif da sebulan, saya masih mencari petua utk banyak kan susu. salah satu cara yg saya cuba, minum air longgan. Susu saya bertambah juga. tapi saya masih lagi tak puas hati, sebab tengok kat KIM susu ibu2 yg lain byk je. kenapa saya tidak!...pada hari berikutnya, tuhan pertemukan saya dengan kak Jannatul Fadilah di fb. Beliau terangkan tentang set penyusuan SHAKLEE. Saya cuma try SET B sahaja masa tu. tapi sekarang saya mengamalkan SET 3M. Susu memang meriah.Aqif da setahun, masih menikmati susu mama sehingga sekarang tanpa campur dengan susu fm. Allhamdulliah syukur sangat sebab dimurahkan rezeki ini.

susu Aqif
Bila rasa shaklee ni best, saya syorkan pada akak saya yang melahirkan anak sebulan selepas saya bersalin.
Anak akak saya ni berat badan nya tak naik selepas 10hari. Nurse mesti bisingkan kalau berat anak tak naik. Akak saya pun try la Alfalfa shaklee. hari ke 20, nurse timbang Rayyan, naik sampai 500g..Wow!!! Banyak kan. Dalam masa 10hari je naik banyak tu. Jadi akak saya pun mengamalkan alfalfa ni sampai sekarang.

Aqif sebulan lebih-Rayyan 10hari





Aqif 3 bulan- Rayyan 2 bulan
Macam sebaya kan? Rasa macam Rayyan lagi besar dari Aqif...hehehe..Semoga kedua2 nya membesar dengan sihat. Semua family saya telah di shaklee kan oleh saya...hehehe.. Akak saya yang kedua pun saya bagi dia alfalfa, masalah nya sama, berat badan tak naik, sedang kan menyusu kuat. Khairiah ni lahir pada bulan 3. Ramai kan anak buah saya.;)





Bila saya da shaklee kan semua family saya, semua cakap best jadi saya order lagi banyak. Try vitamin2 contoh GLA COMPLEX, VIT E, Lecithin, Mealshake. Saya buat belian sampai mencecah seribu lebih, tak sangka dapat FREE membership. Best kan?siapa tak nak kan bila dapat free :)

Sebelum ni memang tak ada niat utk cari side income.Mula - mula just suka2 je buat bisnes shaklee ni. tapi bila da ramai yang bertanya, jadi best plak nak share tentang kebaikan shaklee ni. Dan sekarang income shaklee da mencecah 4 angka. Siapa sangkakan yang dulu nya just suka2, tapi sekarang da jadi serius. kalau income shaklee 5-6angka, dah boleh duduk rumah je jaga anak, tak payah lagi kerja. Semua tu tak mustahilkan.. Semoga impian saya jadi kenyataan...Aminnnn....


Saya begitu yakin dengan Shaklee kerana

1. Shaklee adalah syarikat vitamin yang telah lama berada dalam pasaran.
Produknya yang asli dan semulajadi benar-benar menawan hati saya ditambah ia memberi kesan yang hebat pada taraf kesihatan saya dan keluarga. Lebih2 lagi dalam tempoh penyusuan anak2saya.

2. Ia antara syarikat MLM yang adil. Apabila dah bergelar pemimpin [bermula tahap Supervisor] bermakna kita dah break dari upline kita. Oleh kerana Shaklee tidak mengamalkan skim piramid maka bonus kita dibayar mengikut usaha yang kita letakkan. Dalam Shaklee pendapatan kita boleh melebihi pendapatan upline apabila kita berusaha dengan lebih baik. Bukan sahaja pendapatan, malah kita mampu melangkaui pangkat upline kita sekiranya kita rajin berusaha. 

3. Bonus dibayar tidak melalui upline atau mereka yang sponsor kita tetapi ianya langsung dari syarikat. Bonus juga diberi dalam bentuk tunai. Tidak perlu downline untuk mendapat bonus dari syarikat. 

4. Harga produknya sangat berpatutan dan setanding dengan kualiti yang kita bayar. Produk asli dan semulajadi terbukti apabila tiada silikan gel di dalam botol vitamin Shaklee. Tak percaya? Belilah sebotol & check takkan ada silika gel dalamnya :)

Apa kelebihan menjadi ahli?

* boleh membeli produk dengan harga ahli & mengumpul point dlm bentuk uv

* jika rajin berkongsi kebaikan vitamin Shaklee, boleh meningkatkan uv tanpa ada downline.

* jika mencapai minimum 150 uv (lebih kurang belian RM450 sebulan) boleh menukarkan uv kepada cash (lebih kurang RM22.50. Siapa nak bagi kita RM22.50 tu kan?)

* jika berminat untuk serius berbiz, ada kelas khas disediakan. Juga blog dan group exclusive kumpulan Euphoria Shaklee di FB.


* Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local & international/Umrah yg ditaja sepenuhnya oleh Shaklee jika cukup syarat.

Jadi jika sesiapa yg nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee dengan harga ahli & nak COD kat Muar & Jasin yg berdekatan boleh la call saya dan buat temujanji dulu ya :)



Jika anda berdekatan dengan ,boleh gunakan ID saya 867938 untuk membeli vitamin2 Shaklee dengan harga ahli.

Anda nak join saya? Hanya hubungi saya & saya akan uruskan langkah pertama untuk anda menjadi seperti saya!


Hubungi saya 

Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Pin BB : 2949585B
COD : MUAR, TANGKAK, JASIN, MELAKA


Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia



















































12 Nov 2012

Stok Susu Utk Si Manje...

Alhamdulillah....Aqif skrg da 11bulan...masih lagi minum susu mama sepenuhnya... Berkat mengambil SET 3M, Doa, Usaha dan pumping yg berterusan, stok susu aqif makin bertambah. Dulu susu macam ni 

ni mase aqif 2bulan
 Stok susu simpan kat umah kakak je, sebab Babysitter Aqif makcik dia sendiri....hehehe...Senang, kalau susu tak cukup amik je dlm deep freezer..


 Tapi makin lama stok susu Aqif makin bertambah....Kena la beli deep Freezer...











 Ni rak yg ke 2...da disusun dgn cantik dan ikut tarikh..jadi senang skit...

Ni rak ke 3...yang ke 4 lupe amik pic...tp belom penuh lagi...:)












Alhamdulilah... stok susu aqif semakin banyak. Semoga saya berjaya menyusukan Aqif selama 2 tahun. Amin....





Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya


Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Pin BB : 2949585B


Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia




5 Nov 2012

Berkat Pengambilan SHAKLEE, PUMPING yang berterusan dan DOA...


Sebagai seorang ibu yg menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, bila tengok gambar ni rasa seronok sangat kan.. Stok susu yg banyak, yg diharapkan dapat mencukupi keperluan menyusu bayi kita :) Tak perlu risau baby tak cukup susu, insya allah...



Shima Samat kata:



Apa set Shaklee yg beliau ambil secara konsisten?



Alhamdulillah, sebagai ibu, kita yg lebih tau apa yg terbaik untuk diri kita & buahati tersayang kan? :)




Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya


Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Pin BB : 2949585B


Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia


31 Oct 2012

20oz dengan SET 3M... jangan tak percaya


Masih ingat dengan pakej Tripple M?
Ia pakej yang lengkap dengan protien, semua vitamin utama yang diperlukan termasuk kalsium. Apabila semuanya cukup, badan ibu insyaALLAH sihat dan bertenaga malah ia menyumbang kepada produktiviti susuibu.

credit to kak N :)



Kesannya bukan sehari dua ye kawan-kawan. Tapi memang terbukti ianya berkesan membantu meningkatkan kuantiti susu ibu.

Anda mahu mencuba pakej Tripple M dengan harga yang berpatutan dan mampu bayar? Boleh email atau sms kepada saya !




Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Pin BB : 2949585B

Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia