23 Oct 2014

Macam-macam Kebaikan dapat Selepas makan Set Pantang Shaklee


Testimoni Set Pantang Shaklee dari Puan Noor Akilla



"Set pantang yg sangat Superb" kata Puan Noor Azilla.

Banyak kebaikan yg beliau dapat selepas seminggu makan Set Pantang Shaklee...
antaranya

  • Luka jahitan yg banyak cepat baik. Seminggu je da boleh bersila.
  • Susu terpancut-pancut keluar. Susu sangat meriah lepas minum ESP
  • Badan sentiasa bertenaga walaupun berjaga malam. Lain rasa bila tak makan Shaklee
  • Orang datang melawat pun nampak perubahan yg ketara, tak macam orang dalam pantang.
Kelebihan bila ambik shaklee ni, kita boleh teruskan makan walaupun anak kuning/jaundis... Cuma alfalfa sahaja tak boleh ambil ketika anak jaundis..


Inginkan SET PANTANG Shaklee yg superb ni? Boleh hubungi saya... Bersalin normal atau czer pun boleh ambik SET pantang ni... Berpantang cara moden pulak ye.. Kadang2 beli set pantang jenama lain yg ada akar kayu ke, bukan nya kita minum sangatkan.. Macam dulu masa bersalin Aqif. banyak barang yg x guna. Membazir je beli mahal2..

Saya akan beri tips exclusive penyusuan selepas pembelian ..


Amalan yang Baik Ketika Hamil



Setiap ibu yang mengandung pasti nak yg terbaik utk anak dalam kandungannya... Jadi saya amalkan doa ini setiap hari selepas solat. Pasti ramai yg tahu kan doa ini... 


Boleh juga amalkan Surah- surah di bawah ini... Setiap kali mengaji, baby mesti aktif bergerak... Best sangat rasa moment ni... Hanya ibu mengandung sahaja tahu perasaan nya macam mana.. Tak dapat digambarkan dgn kata-kata... Bersyukur sgt Allah bagi anugerah ini pada saya. Saya akan jaga anugerah yg tak ternilai ini dengan baik... 



Vitamin Shaklee untuk Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi berpunca dari beberapa sebab seperti :
  • Kandungan kolestrol dalam darah yg tinggi
  • Stress atau tekanan perasaan
  • Salur darah disaluti byk lemak/kolestrol akibat cara pemakanan yg tidak sihat
  • Kurang minum air selepasmengambil banyak ubat-ubatan (darah pekat)

Simptom tekanan darah tinggi
  • Kerap pening kepala
  • Banyak berpeluh
  • Mudah letih
  • Sentiasa tidak cergas

Siapa yg berisiko mengidap darah tinggi?
  • Mempunyai keturunan yg mengidap darah tinggi
  • Pengambilan garam yg berlebihan
  • Tidak mengamalkan gaya hidup sihat
  • Mempunyai penyakit buah pinggang
  • Pembawakan ketika hamil
  • Mempunyai berat badan berlebihan
  • Minum alkohol berlebihan
  • Guna ubat-ubatan tertentu seperti ibuprofen, aspirin
  • tinggi paras kolestrol

Kesan lanjut dari darah tinggi
  • Stroke atau angin ahmar
  • Buah pinggang tidak berfungsi dgn baik
  • Serangan sakit jantung

Bagaimana Shaklee boleh membantu mengurangkan darah tinggi?



Omega Guard
  • Melancarkan pengedaran darah
  • Menghapuskan kolestrol jahat dalam darah
  • Mengelakkan obesiti
  • Mencairkan darah
Garlic Complex
  • Mencairkan darah
  • Menguatkan sistem pertahanan badan
  • Mengalakkan kesihatan kardiovaskular
  • Menurunkan kolestrol
  • Menghalang stroke

Ini ialah Set bajet untuk darah tinggi... Jika anda ada bajet lebih boleh tambah COQ10 health, Vivix, Vit E, GLA complex, Lecithin.. atau boleh pilih salah 1.. Shaklee tak mahal, boleh beli ikut bajet masing2.. cara makan adalah berbeza2, jadi saya akan sediakan cara makan yg terbaik untuk anda.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya.

Dapatkan harga Shaklee yg terbaik dari saya. CoD Muar, tangkak, merlimau, jasin.




22 Oct 2014

Kelebihan Bersedekah






Kenapa kita digalakkan bersedekah , kerana dengan bersedekah dapat:


✔ Mengelakkan bala
✔ Menjaga harta, memudahkan rezeki & meningkatkan rezeki
✔ Memudahkan jodoh
✔ Memelihara kesihatan.

Dengan sedekah itulah ubat terbaik di dunia dan di akhirat. Masih ramai yang nak berniaga dan dimurahkan rezeki sehinggakan mengambil pelaris. Sedangkan mereka tak sedar pelaris utama yang ALLAH dah janjikan adalah SEDEKAH. Apalagi kalo di hias dengan SOLAT DHUHA & TAHAJUD.


" Ya Allah kamu berikanlah ganti harta orang bersedekah dan kamu musnahkanlah harta orang yang bakhil." Orang berniaga yang hendak perniagaannya menjadi maju hendaklah ia bersedekah. Di sini saya akan berikan beberapa kebaikan bagi orang yang bersedekah:



Kebaikan di dunia:
* Membersihkan harta.
* Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
* Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
* Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.
* Allah akan memberkai harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.

Kebaikan di Akhirat:
* Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
* Sedekah akan meringankan kiraan hisab nanti.
* Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
* Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
* Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.




Tidak Dikurang Harta Sebab Bersedekah

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” H.R. Muslim


Bersedekah Tidak Dengan Sikap Menunjuk


Membantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu kemudahan adalah salah satu daripada sifat yang amat dituntut di dalam Islam. Setiap umat Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan memberikan bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna kepada orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah. Kategori sedekah yang paling minimum adalah dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahat (buruk) di mana dengan cara itu seseorang telah dianggap menyelamatkan masyarakat sekitarnya daripada keburukan dirinya yang boleh membahayakan orang lain. Bersedekah hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan diiringi dengan perasaan ingin menunjuk-nunjuk (riya’) kerana ini akan menghilangkan pahala bersedekah.



Banyak Cara Bersedekah


Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.” H.R. Ahmad






credit

Anugerah Kedua Terindah kami

Assalammualaikum & salam sayang...

Semalam 21.10.14 cek up second baby... Da 29weeks 6days.. Esok genap 30weeks.. Alhamdulillah utk anugerah kedua yg Allah bagi pada saya. Baru sekarang rasa nak share dengan semua orang... Sebelum ni saya pernah gugur pada bulan 2... lebih kurang 5weeks masa tu. Bukan rezeki kami lagi.. Kalau tak sekarang sedang menunggu hari je utk melahirkan anak ke 2..



Masa ni just cek sendiri je. Hanya saya dan suami sahaja tahu masa tu. Belum sedia nak share dgn sesiapa. Patut rase berat hati nak bagitahu sesiapa, rupanya Baby tu bukan rezeki kami. Saya turun darah selepas 2minggu. Sebelum ni rasa malas nak test guna UPT, takut belum ada lagi... Tapi disebabkan banyak sgt tanda2 yg saya dapat seperti perut selalu sebu, berangin, suami pun pening2, rasa perut sebu macam saya rasa jadi hati ni rasa tak sabar plak nak tahu. Masa Aqif dulu pun suami yg dapat rasa pening2 ni, saya tak rasa apa2 pun.. Due date utk period lagi 3 hari.. Jadi try guna UPT yg murah.. result nya kabur... Try 2x pun sama. Jadi nekad beli UPT yg mahal. UPT Clear blue Digital..

Saya amalkan SET KESUBURAN Shaklee selepas saya abortion. Saya makan B complex dan GLA complex setiap hari. Tanda-tanda pregnant kali ni tak ada langsung. Suami pun tak rasa pening2. Masa ni tak nak cek awal2. Lepas 3minggu lewat period baru rasa nak cek. Alhamdulilah, POSITIF... Double line jelas sekali. tak perlu tunggu lama-lama... Anggaran dlm 7weeks... Syukur alhamdulilah Allah beri sekali lagi peluang untuk saya pregnant.



8weeks baru pergi KK untuk buat buku... Baby ke 2 ni cek up kat KK Jasin. Tapi nanti bersalin nak bersalin kt Muar. Hospital Muar lebih selesa. Lagi pun seram macam2 dgr kes kat melaka. Mintak allah jauh kan semua tu. Kita hanya mampu merancangkan. 

Lepas buat buku baru la datangnya morning sickness.. Rasa macam kali ni agak teruk sangat. Masa aqif pun teruk juga, tapi yg ni rasa kahak sentiasa ada kat tekak.. Rasa nak muntah je... Memang terbaring tak boleh nak buat apa2. Selamat da tak kerja.. Kalau masih bekerja silap2 memang da berhenti kerja. 



Sepanjang pregnant ni, saya amalkan Set Kehamilan Shaklee  iaitu B complex, Vitalea, vit c untuk trimester pertama. Susu memang tak minum langsung. Jadi saya makan Ostematrix untuk mendapatkan kalsium yg cukup utk saya dan baby. Esp saya belum start lagi minum sebab takut muntah. Masuk trimester ke2 saya tambah vitamin iaitu omega guard dan Esp. Omega guard bagus utk perkembangan otak baby... 




Set Kesihatan Lelaki






Happy Deepavali untuk rakyat Malaysia yg beragama Hindu... Hari ni cuti umum kan. Tapi hari ni suami saya kerja, jadi tak kemana-mana lah hari ni. Lagi pun semalam kami da berjalan sakan ;) Suami ambil cuti semalam sebab saya nak pegi cek up dan nak ke pegi terminate no Braodband digi.. 
ok kisah semalam saya cerita di entry 1 lagi.. Entry ni nak Share kebaikan Vitamin Untuk lelaki.

Semua Vitamin Shaklee lelaki dan perempuan boleh makan. Tak da pantang larang. Tapi Vitamin ni khas untuk kesihatan lelaki.. iaitu Vitamin E, Zinc Complex dan Omega.






Jangan mengambil mudah tentang kesihatan kita. Bukan sahaja wanita sahaja perlu menjaga kesihatan, lelaki pun perlu jaga kesihatan.Lelaki juga tidak terlepas dari masalah kesihatan lebih2 lagi lelaki yg merokok. Sekarang macam2 penyakit ada tak kira umur, jantina, pangkat.

Ada segelintar lelaki yg mula mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun. Masalah kesihatan seperti mati pucuk, cepat lesu, masalah prostat dan kurang tenaga.

Bagaimana Shaklee boleh membantu?

Omega Guard
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung (penyakit no.1 di dunia)
  • Memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi
  • Membantu mengurangkan kolestrol dalam badan
  • Membantu megekalkan tekanan darah yg normal

Zinc Complex
  • Membantu dalam menoptimumkan fungsi kelenjar prostat
  • Mencegah masalah mati pucuk
  • Membantu meningkatkan kualiti sperma
  • Membantu masalah kanser prostat / mengurangkan masalah kanser prostat
  • Mengelakkan masalah keguguran rambut

Vitamin E
  • Memperbaiki kualiti sperma
  • Membantu Pergerakkan sperma
  • Menghasilkan sperma yg lebih banyak
  • Membantu masalah seksual
  • Memberi lebih tenaga
  • Mengelakkan mati pucuk


zoom utk lebih jelas

Ingin dapatkan vitamin ini untuk suami tercinta? Segera hubungi saya





Testimoni Vit E dan Vit C




Nak share testimoni diri sendiri dulu. Saya telah mengamalkan Shaklee consume selama 3 bulan dan hasilnya sangat ketara. Gambar testimoni tidak edit dan kesemua gambar di atas original. Masalah jerawat dapat di atasi dengan baik. Sekarang tgh focus masalah parut2 yang tinggal kesan daripada pimples before this. Vita C dan Vita E juga mencerahkan kulit muka saya. Sejak mengamalkan shaklee pimples tidak naik keterlaluan dan akan naik pimples masa datang bulan sahaja. alhamdulillah dah dapat kulit yang licin dan tidak berkerutu lagi. Thanx shaklee :)


credit



Nak cuba  SET KECANTIKAN Shaklee? Boleh hubungi saya...


5 Tips Memikat Hati suami


Tidak lama lagi masuk  bulan November. Anniversary ke 4 kami. Biasa kami akan bercuti, tapi tahun ni tak terfikir lagi nak ke mana. Macam malas je nak ke mana2. Tak pa ada masa lagi utk berfikir. Kali ni nak share tips cara memikat hati suami. hehehe...

Walaupun da lama berkahwin, tapi kalau orang tua2 cakap 4 tahun tu baru lagi. Banyak lagi kena belajar. Untuk kekal kan rumahtangga kita bahagia, kita pasti akan buat sesuatu supaya suami sentiasa sayangi kita kan. Jangan lupa walaupun da beranak pinak, keutamaan kita tetap suami No 1.

ok kita teruskan pada tips ini...

5 tips memikat hati suami

1. Mencantikkan diri luaran dan dalaman


Kita pasti nak kelihatan sentiasa cantik di mata suami, jadi harusla menjaga kecantikkan luaran dan dalaman. Makan la supplement yg sesuai utk penjagaan dalaman wanita. Kalau produk shaklee sesuai sangat ambik alfalfa dan vit e.  Bukan sahaja jaga dalaman wanita malah luaran pun nampak cantik.

2. Berdiet dan kuruskan badan

Biasa lepas bersalin mesti badan banyak yg da tergelebah sana sini kan. Jadi haruslah kita usaha dapatkan semula bentuk badan yg cantik kita sebelum pregnant dulu. Ada org cakap suami kena la terima seadanya kita. Tapi kalau takut suami cari lain jaga la badan kita. Biar la sama cantik sama padan kan. Boleh amalkan set kurus shaklee :)

3. Layan suami bagai raja

Bak kata sifu shaklee saya, layan suami bagaikan raja. Layan dia makan dengan betul. Cara pikat hati suami tang perutnya ( selera makannya). Masak sedap2 untuk suami. Air tangan isteri la pengikat kasih sayang. Kalau asyik beli makan luar je, tak boleh juga. Kena jaga semua keperluan dia. Jaga zahir dan batin dia. Benda ni tak boleh ambil mudah.

4. Berhias dalam rumah

Biasa kita kalau nak keluar jalan2 baru la pakai make up, pakai baju cantik2 tapi duduk rumah pakai baju da koyak2, baju tidur, muka pucat lesu. Jadi tak salah kalau nak pikat hati suami kita pakai la skit lips gloss ke, tepek pedak skit2. Pakai wangi2. Jangan la suami balik je bau ikan :)

5. Kualiti masa bersama suami

Jangan abaikan masa bersama suami. Walaupun da penat mengemas rumah, jaga anak2, kita ambil masa sikit untuk borak2 dgn suami. Teman dia tengok tv ke. Sentiasa luahkan masa utk berborak2 dgn dia tanya tentang kerja ke, atau apa sahaja. Time anak sedang tidur masa yg sangat sesuai utk borak panjang dgn suami. Jangan suami ada rumah sibuk la nak main handfon la, bergayut dgn kawan la. Masa dengan suami amat berharga. 


Ok tu je 5 tips yang simple yang nak di share kan. Saya belajar pun dari orang2 yg berpengalaman dan banyak kn google. Ilmu itu sangat penting. Jangan berhenti mencari ilmu.









21 Oct 2014

Set Migrain Shaklee

Migrain adalah sakit kepala yg teruk dan amat menyakitkan. Migrain ini sering kali disertai dgn muntah dan mual. Penderita biasanya senstif terhadap cahaya, suara dan bau-bauan. Sakit kepala ini sering berlaku di satu posisi sahaja antara sebelah kiri atau kanan.

Migrain disebabkan oleh :

  • Tekanan emosi (stress)
  • Tidur tidak teratur / tidak cukup tidur
  • Alahan pada bunyi yg kuat, lampu yg terang dan bau tertentu.
  • Lawat makan / jadual makan tidak teratur
  • Merokok
  • Minum alkohol
  •  Alahan pada sesuatu makanan
  • Ketidak seimbangan hormon ketika dtg haid (bagi wanita)

Bagaimana Shaklee boleh membantu

 Ostematrix

Magnesium - penting utk metabolisma kalsium. Ia membantu utk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yg menyebabkan migrain. 
Kalsium - bukan sahaja utk tulsng dan gigi, ia membantu menetapkan ritma jantung. Menyelesaikan masalah insomnia, pengaliran gizi masik dan keluar drpd membran, dan membantu dlm pembekuan darah.

B complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan vitamin B6 (pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B yg lengkap dlm B complex memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko migrain malah boleh mencegah penyakit lain seperti stroke.


Untuk order, boleh la terus hubungi saya dan dapatkan konsultasi percuma setiap pembelian di blog ini.



20 Oct 2014

Isu menyentuh anjing

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram sengaja menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath."
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar"
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HARUS atas 5 sebab di atas sahaja

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu.

Disebut oleh Imam Abu Syuja' dlm Matan Ghoyahnya,
والحيوان كله طاهر الا الكلب والخنزير وما تولد منهما
Bermula sekalian haiwan itu sekaliannya ialah suci ia melainkan anjing dan babi dan brg yg beranak ia drpd keduanya.
Tuk muhasyi, Imam Baajuri sebut dlm hasyiahnya,
اى ولو كلب صيد ويستثنى منه كلب أهل الكهف فانه طاهر ويدخل الجنة الخ
Yakni sekalipun anjing perburuan ( tetap najis berat ) dan DIKECUALIKAN drpdnya akan anjing ahli Kahfi maka bahawasanya anjing ahli Kahfi ialah suci ia dan masuk ia ke dalam syurga ( hingga akhir )
Klu lah pesta td tu pegang anjing ahli Kahfi maka ya, suci. Adapun selain itu hukumnya najis berat.
Walaupun begitu, dlm mazhab Malik setiap 'ain haiwan itu suci kesemuanya sekalipun anjing dan babi.
Ini disebut oleh Syeikh Abd Rahman al - Jaziri dlm kitabnya,
قالوا كل حي طاهر العين ولو كلبا أو خنزيرا
Telah berkata merekaitu ( ashab Malikiyyah ) setiap yg hidup itu ialah suci ia sekalipun ada ia anjing dan babi.
Adapun ashab Hanafiyyah sebut,
ووافقهم الحنفية علي طهارة عين الكلب ما دام حيا على الراجح
Dan telah muafakat akan ashab Malikiyyah oleh ashab Hanafiyyah atas suci 'ain anjing selama masa anjing itu ialah hidup ia atas qaul yg rojih.
Disebut lg bg mazhab Hanafi, klu air liurnya walaupun masih hidup maka najis hukumnya.
Tak pyh la memeningkan masyarakat, pgg pd mazhab kita hukumnya najis. Dah najis maka syarak tk benarkan dgn sengaja duk pergi pegang dsb. Macam masalah kita sengaja gi terjun dlm loji taik, hukumnya berdosa sbb sengaja melumurkan bdn dgn najis.
Alim ulama' dulu - dulu sudah letak elok sesuai dgn masyarakat kita maka jgnlah kita langgar apa yg mereka dh sebut supaya tidak jd kecamuk dlm masyarakat, wallahualam.
- Hasyiah Imam Baajuri 'ala Fathil Qhorib juzk 1
- Fiqh 'ala Mazahib Arba'ah Syeikh Abd Rahman al - Jaziri juzk 1

Memang ada khilaf dalam isu kenajisan anjing. Jumhur ulama berpendirian anjing najis pada keseluruhannya. Sebahagian ulama mengatakan najis pada liur jilatannya sahaja dan sebahagian mengatakan suci. Namun di dalam berfatwa ada beberapa adab dan panduan.
1) berfatwa mengikut mazhab masyarakat setempat. Di sini mazhabnya Syafie, maka yang awla mengikut mazhab Syafie iaitu anjing najis keseluruhannya (yang juga merupakan pandangan jumhur fuqaha)
2) mengambil jalan ihtiaath (cermat). Di dalam masalah ini yang cermat adalah berpegang dengan pandangan jumhur bahawa anjing najis keseluruhannya.
3) apabila telah jelas pendapat yang rajih (yang kuat) maka perlu berpegang kepada yang rajih kecuali atas keperluan yang mendesak. Di dalam masalah ini ramai ahli ilmu melihat pendapat jumhur sebagai yang rajih.
4) sekiranya tidak jelas mana yang rajih (kuat) sekalipun, kaedah mengatakan "keluar dari perkara khilaf digalakkan:
الخروج من الخلاف مستحب
Di dalam isu ini keluar daripada khilaf adalah dengan bertindak berasaskan pendapat yang mengatakan anjing itu najis keseluruhannya. Wallaahu a'lam.
Secara jujur apa yang saya perhatikan sekarang bukan strictly hukum feqah semata2. Ada pergerakan tersusun untuk menimbulkan keraguan ummat Islam terhadap agama mereka. Mereka mulakan dengan yang boleh makan cekak dahulu, bab sentuh anjing, mereka tahu ada khilaf tentang kenajisannya, yang penting akan timbul di dalam hati ummat Islam, ooo.. Yg aku pegang selama ni tak betul rupa2nya. Ntah2 banyak lagi yang tak betul dalam agama Islam selama ni. Padahal kalau khilaf sekalipun yang ahwath (lebih cermat) adalah meraikan pendapat yang mengatakan najis.
Lepas ni babi pula, Melayu tak geli babi makan daging je haram, pegang takpe, tulang, kulit semua ok, pastu arak, Melayu tak geli arak, dibawa pendapat yang mengatakan arak tu tak najis, yang haram kalau minum, kalau tak minum, mandi arak pun tak pa. Pastu couple, Melayu tak anti couple, sebab yang haram tu cuma zina, couple dilarang sebab sadd zari'ah je. Kalau memang tak nak berzina tak salah keluar bercouple dll. Depa pandai, sikit2 depa cungkil bagi terpelanting buang pegangan ummat Islam
نسأل الله العفو والعافي

Perkongsian dari group whatsapp saya...


gambar sekadar hiasan...

CINCH ENERGY TEA MIX


CINCH ENERGY TEA MIX adalah adunan Propretari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang hebat dan istimewa. Malah Cinch Energy Tea Mix juga dapat Menambah Tenaga secara semulajadi dan bagus untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.




Kebaikan CINCH ENERGY TEA MIX


  • Selamat, Istimewa dan MENAMBAH TENAGA semulajadi
  • Ditambah dengan Taurina bagi meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
  • TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.


Kandungan Utama CINCH ENERGY TEA MIX 



Campuran Teh Di dalam Cinch Energy Tea Mix Shaklee


Bahan2 Yang Terdapat Di Dalam CINCH ENERGY TEA MIX :
  • Taurina
    - menggalakkan metabolisme
    - lebih bertenaga
    - larutkan lemak
    - membantu menghasilkan otot tanpa lemak

  • Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dai Jepun (the greener than green superfood)
    - antioksida yang sangat tinggi
    - energy booster
    - metabolisme booster
    - bakar kalori up to 4x

  • White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
    - membakar lemak-lemak berlebihan
    - menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
    - meningkatkan metabolisme
    - juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau

  • Rooibos Red Tea Extract –tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
    - melarutkan lemak
    - meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
    - agen detox yang kuat

  • Red Tea Extract
- Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat
- Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
- merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak


KHASIAT CINCH ENERGY TEA MIX 

  • Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
  • Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan kolestrol
  • Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
  • Menguatkan tulang
  • Antibakteria dan antiviral
  • Menggalakkan kulit yang sihat
  • Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
  • Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
  • Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan
Siapa yg perlukan CINCH ENERGY TEA MIX ?

Cinch Energy Tea Mix ini sangat digalakkan diambil oleh orang sedang berdiet kerana Cinch Energy Tea Mix ini dapat membekalkan tenaga tambahan dengan segera.

Cara Pengambilan:

Cinch Energy Tea Mix ini boleh di ambil bila-bila masa sama ada ketika sarapan atau minum pagi atau pun ketika minum petang. Cuma bancuh 1 sachet Cinch Energy Mix Tea dengan air suam/ panas/ sejuk.




Mealshake~ Tips atasi kanak-kanak Sembelit

Kenapakah sembelit berlaku?
  • Pengambilan serat yg tidak mencukupi
  • Pengambilan cecair yg tidak mencukupi
  • Menahan keinginan utk membuang air besar
  • Pengambilan susu yg berlebihan
  • Susu yg tidak sesuai dgn kanak-kanak
  • Tidak aktif bergerak


Apakah simptom sembelit?

Bagi bayi yg berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku walaupun bayi anda diberikan susu formula.

Bagi bayi yg lebih 6 bulan yang sudah mula makan makanan pejal, simptom2 nya :

  • Meragam, sakit abdomen dan gastrik
  • Abdomen yg keras
  • Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka ( fisur ) rektum yg disebabkan oleh najis yg keras
  • Najis yg sukar dikeluarkan dan berketul2
  • Sakit abdomen yg mengurangkan pembuangan air besar

Tips atasi kanak - kanak sembelit

# Memberi makanan yg kaya dgn serat
# Kerap memberi air putih
# Penyediaan makanan dgn cara yg bersih
# Banyak kan pergerakkan atau bersenam
# Selalu urut perut, ari2 dan betis selepas mandi
# Memberi anak vitamin yg sesuai

Apakah vitamin yg sesuai utk kanak-kanak sembelit?

Mealshake ialah vitamin yg sangat sesuai utk atasi kanak-kanak sembelit. Ini kerana Mealshake ialah minuman yg kaya dgn kandungan serat di samping mengandungi vitamin B-12 yg merupakan komponen vitamin B yg berfungsi utk melancarkan penghadaman perut.

Mealshake juga kaya dgn serat yg bertindak mencuci usus dan perut dan membantu menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.


Mealshake banyak khasiat lain.. Boleh rujuk di sini... Mealshake


Ini testimoni salah seorang ibu yg mengatasi sembelit anaknya...


Dapatkan Mealshake dengan harga promosi utk bulan Oktober ini.. Bulan ini sahaja ye..


Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya







19 Oct 2014

Perkembangan kes Cikgu mary



PERKEMBANGAN KES CIKGU MARY

Lepas tersebarnya kisah Cikgu Mary, pihak Shaklee telah menghubungi beliau sendiri tapi tidak mendapat respon yg sewajarnya.
Sehubungan dgn itu, pihak Shaklee telah menghubungi sendiri doktor yg memeriksa cikgu Mary dan doktor berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya hanya buat report berkenaan cyst cikgu Mary & TAKDE PUN MENGATAKAN BERPUNCA DRP PRODUK SHAKLEE.
Menurut sumber, cyst beliau skg 24cm.
24cm tu besar!!! Ingat blh besar dlm sekelip mata ke?
Secara logiknya mmg tak berlaku dlm masa 1-2 bulan.
Menurut Dr.Jamie (drp Shaklee Corporation), cyst sebesar tu amik masa 10 tahun.
Kesimpulannya, cyst Cikgu Mary bukan disebabkan oleh produk Shaklee yg diambilnya. Produk Shaklee (GLA Complex) bertindakbalas ke atas hormon dlm badannya (membetulkan apa yg tak betul), sbb tu dpt kesan apa yg "tak sepatutnya"...
Sy harap pihak Shaklee akan teruskan dgn tindakan undang2 ke atas Cikgu Mary di atas tuduhan & fitnah yg telah dilakukannya.
Dan utk Cikgu mary, beliau sepatutnya bersyukur, dgn asbab Shaklee dpt mengesan cystnya... sama jgk mcm kes sebelum ni... lps makan GLA Complex baru tau rupanya dia ada cyst.
Yg lebih baik, dapatkan pemeriksaan doktor dahulu, terutama masalah2 melibatkan kesuburan & ikhtiar utk mendapat zuriat.
*****
Moral of the story
Jangan main tuduh2... Shaklee company yg berintegriti tinggi... kita ada saintis, semua produk melepasi ujian demi ujian, kajian demi kajian & kita juga ada publication... Shaklee bertanggungjawab atas semua produknya. Jika berlaku sesuatu yg tidak diingini, boleh buat report terus pd Shaklee.

Set Keintiman Suami Isteri



Peranan Vit E utk Suami

♥ Lebih bertenaga
♥ Ereksi yg lebih lama
♥ Lebih mudah terangsang
♥ Libido yg lebih kuat
♥ Orgasma yg lebih kerap dan bersemangat


Peranan Vit E utk Isteri

♥ Menstabilkan hormon
♥ Lebih mudah terangsang
♥ Meningkatkan citarasa seksual
♥ Atasi masalah kedinginan


Antara khasiat Alfalfa bagi hubungan keintiman suami isteri :

  • Mengandungi phytoestrogens yang menyebabkan ia mempunyai khasiat seperti kacip fatimah untuk merapatkan bahagian intim wanita.
  • Membantu meningkatkan libido.
  • Meningkatkan keinginan untuk bersama.
  • Membantu mengurangkan masalah keputihan.
  • Memberi tenaga yg lebih pada suami.





Garlic Shaklee



Apa Perbezaan Garlic shaklee

Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di Carlifornia, USA diwaktu musim panas.
Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpahaba utk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif.
Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba (rosemary & spearmint). Mengandungi pelbagai vitamin E utk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya dalam tubuh kita.
Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  
2 tablet garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar. 


Kelebihan Garlic Shaklee

  1. Mengandungi spearmint - meningkatkan fungsi jantung, sistem penghadaman.
  2. Antibiotik yang selamat dan semulajadi - selamat utk kegunaan jangka panjang utk tingkatkan sisitem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  3. Menghalang elergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis.
  4. Mempertingkatkan sistem penghadaman - formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik,ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria & menghalang ulser gastric.
  5. Stabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2 -4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
  6. Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yg akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel2 darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
  7. Menurunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, lindungi jantung danmenghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Mencegah kanser - bantu mengelakkan dan merawat kanser dgn mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.
  9. Menstabilkan glukos - membantu stabilkan glukos dalam badan kita.






Masker ESP + Vit E





Entry kali ni nak share cara-cara buat masker. Macam-macam jenama masker di pasaran sekarang ni. Perempuan kalau nak cantik sanggup berhabis duit. Tak kisah berapa mahal. Nampak je iklan yang best2 terus nak try. Produk kecantikan wanita da la banyak sangat. Nak pakai pencuci muka la, krim siang la, krim malam la. Toner lagi... tu baru penjagaan luaran.. Belum lagi penjagaan dalaman. Sesiapa yang nak jimat boleh cuba cara saya ni. Makan supplement kecantikan dalaman akan terserlah kecantikan luaran nanti (hehehe perasan)... banyak sgt jimat... Vitamin-vitamin ini juga boleh di buat masker. Jadi kenapa perlu nak membazir beli masker lain kan? Boleh jimat berganda2 malah byk khasiat yang kita dapat dari pengambilan vitamin yg semulajadi ini.. Tak perlu ragu2 dengan bahan yg ada di dalamnya, tiada bahan kimia, semua semulajadi. ok da panjang lebar... Jadi kita teruskan  misi membuat masker yg senang sangat2 ni.. 


Cara - cara buat masker ESP + Vit E



Sediakan 2 sudu Esp dan 1 biji vit E



Letak terus Esp dalam bekas yg comel2, boleh terus di simpan nanti.




Pecahkan Vit E dan campurkan dalam Esp. Ambil semua minyak2.





Gaulkan Esp + vit E dengan air suam sehingga sebati.
 Air suam jangan banyak2, agak2 je. Biar pekat, senang skit nak sapu di muka nanti..




Ok da siap boleh la sapu di muka x kira siang atau malam. tiada pantang larang ye... tapi biasa org pakai malam kan. Selebihnya boleh la simpan dalam peti ais dan boleh pakai lagi keesokkannya. Masker ni pakai hari2 pun tak apa. Ada masker yg tak boleh pakai hari2 kan. Yang ni jangan risau, boleh pakai hari2. Nak cepat cantik pakai la hari2 ye...



Ok selamat mencuba. Nanti saya share cara buat masker lain plak ye. 
Macam2 masker boleh buat.
Esp + vit C
ESP + collagen powder
ESP + vit c + vit e
Esp + alfalfa + vit E

Macam2 la boleh buat.. semua ade khasiat tersendiri... Vitamin shaklee ni tiada bahan pengawet, tiada pewarna, tiada perisa tambahan. Memang selamat digunakan ye...


Nak order vitamin2 shaklee utk set kecantikan? Boleh order dengan saya ye... Best price :)








18 Oct 2014

Kelebihan Istighfar


Setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa setiap hari samada dosa  kecil dan dosa besar.  Sebagaimana yang kita ketahui bahawa setiap dosa  yang dilakukan itu akan kekal tercatit dalam kitab catatan amalan masing-masing di mana kitab ini ditulis oleh dua malaikat yang sentiasa berada bersama kita setiap saat.
Allah SWT  telah berfirman untuk memberitahu hamba-hambaNya bahawa setiap dosa itu tidak akan terhapus atau hilang melainkan kita bertaubat kepada Allah SWT.

Dosa-dosa kecil itu boleh terhapus dengan perlakuan wuduk, bersolat dan berbuat amal soleh. Namun ada banyak dosa yang boleh terhapus dengan menyebut kalimah ‘Astaghfirullah’ dengan penuh ikhlas.


Di dalam al-Quran disebutkan bahawa barang siapa memperbaiki ketaqwaannya, maka akan dikurniakan oleh Allah SWT rezeki dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangkakan.


Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata:
‘Telah bersabda Rasulullah SAW: ‘Barangsiapa melazimkan beristighfar (yakni, menyebutkan ‘astaghfrullah’ (lebih baik sepenuhnya, iaitu: ‘astaghfirullahl-‘azim, allazi lailaha-illalah hual-haiyul-qaiyim, wa-atubu ilaihi’), akan menjadikan Allah SWT baginya (kesenangan) dari setiap kesusahan, maka diberikan dari setiap kesempitan jalan-jalan keluar dan memberi rezeki padanya (oleh Allah SWT dari jalan  yang tidak disangka-sangka.’ [Hadith Abu Daud]
Rasulullah SAW telah menyampaikan kepada umatnya akan kebaikan yang diperoleh oleh seseorang Muslim beriman yang sering membiasakan dirinya menyebut kalimah ‘Astaghfirullah‘  iaitu:
1. Allah SWT  akan mendatangkan kesenangan bagi setiap kesusahan yang kita hadapi.
2. Allah  SWT  memberikan kepada kita jalan keluar atau penyelesaian terhadap segala kesusahan yang kita hadapi.
3.  Allah SWT memberi kita rezeki dari sumber-sumber atau arah yang kita tidak sangka-sangka.
Yang dimaksudkan seseorang Muslim yang beriman di sini ialah mereka yang  benar-benar beriman dan layak menerima ganjaran dariNya.
Seseorang yang beriman adalah mereka yang tidak meninggalkan perintah wajib seumpama solat, berpuasa dan sebagainya. Mereka hendaklah pula ikhlas menyebut kalimah serta yakin dia bahawa pertolongan Allah SWT adalah suatu yang.
Maksudnya, kalau Allah SWT  mahu memberikan rezeki buat kita, tiada sesiapa pun boleh menghalanginya.  Sebaliknya, jika Allah SWT  tidak mahu beri, tiada siapa juga yang  boleh memberikan rezeki tersebut kepada kita.
Disebutkan di dalam hadith yang lain bahawa walaupun Rasullullah SAW itu ‘maksum’ (tidak berdosa) tetapi baginda beristighfar 70 (dan mengikut riwayat lain 100) kali sehari.
Mari kita amalkan sama-sama 100 kali sehari.