22 Oct 2014

Anugerah Kedua Terindah kami

Assalammualaikum & salam sayang...

Semalam 21.10.14 cek up second baby... Da 29weeks 6days.. Esok genap 30weeks.. Alhamdulillah utk anugerah kedua yg Allah bagi pada saya. Baru sekarang rasa nak share dengan semua orang... Sebelum ni saya pernah gugur pada bulan 2... lebih kurang 5weeks masa tu. Bukan rezeki kami lagi.. Kalau tak sekarang sedang menunggu hari je utk melahirkan anak ke 2..



Masa ni just cek sendiri je. Hanya saya dan suami sahaja tahu masa tu. Belum sedia nak share dgn sesiapa. Patut rase berat hati nak bagitahu sesiapa, rupanya Baby tu bukan rezeki kami. Saya turun darah selepas 2minggu. Sebelum ni rasa malas nak test guna UPT, takut belum ada lagi... Tapi disebabkan banyak sgt tanda2 yg saya dapat seperti perut selalu sebu, berangin, suami pun pening2, rasa perut sebu macam saya rasa jadi hati ni rasa tak sabar plak nak tahu. Masa Aqif dulu pun suami yg dapat rasa pening2 ni, saya tak rasa apa2 pun.. Due date utk period lagi 3 hari.. Jadi try guna UPT yg murah.. result nya kabur... Try 2x pun sama. Jadi nekad beli UPT yg mahal. UPT Clear blue Digital..

Saya amalkan SET KESUBURAN Shaklee selepas saya abortion. Saya makan B complex dan GLA complex setiap hari. Tanda-tanda pregnant kali ni tak ada langsung. Suami pun tak rasa pening2. Masa ni tak nak cek awal2. Lepas 3minggu lewat period baru rasa nak cek. Alhamdulilah, POSITIF... Double line jelas sekali. tak perlu tunggu lama-lama... Anggaran dlm 7weeks... Syukur alhamdulilah Allah beri sekali lagi peluang untuk saya pregnant.



8weeks baru pergi KK untuk buat buku... Baby ke 2 ni cek up kat KK Jasin. Tapi nanti bersalin nak bersalin kt Muar. Hospital Muar lebih selesa. Lagi pun seram macam2 dgr kes kat melaka. Mintak allah jauh kan semua tu. Kita hanya mampu merancangkan. 

Lepas buat buku baru la datangnya morning sickness.. Rasa macam kali ni agak teruk sangat. Masa aqif pun teruk juga, tapi yg ni rasa kahak sentiasa ada kat tekak.. Rasa nak muntah je... Memang terbaring tak boleh nak buat apa2. Selamat da tak kerja.. Kalau masih bekerja silap2 memang da berhenti kerja. 



Sepanjang pregnant ni, saya amalkan Set Kehamilan Shaklee  iaitu B complex, Vitalea, vit c untuk trimester pertama. Susu memang tak minum langsung. Jadi saya makan Ostematrix untuk mendapatkan kalsium yg cukup utk saya dan baby. Esp saya belum start lagi minum sebab takut muntah. Masuk trimester ke2 saya tambah vitamin iaitu omega guard dan Esp. Omega guard bagus utk perkembangan otak baby... 




No comments: