20 Oct 2014

Isu menyentuh anjing

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram sengaja menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath."
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar"
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HARUS atas 5 sebab di atas sahaja

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu.

Disebut oleh Imam Abu Syuja' dlm Matan Ghoyahnya,
والحيوان كله طاهر الا الكلب والخنزير وما تولد منهما
Bermula sekalian haiwan itu sekaliannya ialah suci ia melainkan anjing dan babi dan brg yg beranak ia drpd keduanya.
Tuk muhasyi, Imam Baajuri sebut dlm hasyiahnya,
اى ولو كلب صيد ويستثنى منه كلب أهل الكهف فانه طاهر ويدخل الجنة الخ
Yakni sekalipun anjing perburuan ( tetap najis berat ) dan DIKECUALIKAN drpdnya akan anjing ahli Kahfi maka bahawasanya anjing ahli Kahfi ialah suci ia dan masuk ia ke dalam syurga ( hingga akhir )
Klu lah pesta td tu pegang anjing ahli Kahfi maka ya, suci. Adapun selain itu hukumnya najis berat.
Walaupun begitu, dlm mazhab Malik setiap 'ain haiwan itu suci kesemuanya sekalipun anjing dan babi.
Ini disebut oleh Syeikh Abd Rahman al - Jaziri dlm kitabnya,
قالوا كل حي طاهر العين ولو كلبا أو خنزيرا
Telah berkata merekaitu ( ashab Malikiyyah ) setiap yg hidup itu ialah suci ia sekalipun ada ia anjing dan babi.
Adapun ashab Hanafiyyah sebut,
ووافقهم الحنفية علي طهارة عين الكلب ما دام حيا على الراجح
Dan telah muafakat akan ashab Malikiyyah oleh ashab Hanafiyyah atas suci 'ain anjing selama masa anjing itu ialah hidup ia atas qaul yg rojih.
Disebut lg bg mazhab Hanafi, klu air liurnya walaupun masih hidup maka najis hukumnya.
Tak pyh la memeningkan masyarakat, pgg pd mazhab kita hukumnya najis. Dah najis maka syarak tk benarkan dgn sengaja duk pergi pegang dsb. Macam masalah kita sengaja gi terjun dlm loji taik, hukumnya berdosa sbb sengaja melumurkan bdn dgn najis.
Alim ulama' dulu - dulu sudah letak elok sesuai dgn masyarakat kita maka jgnlah kita langgar apa yg mereka dh sebut supaya tidak jd kecamuk dlm masyarakat, wallahualam.
- Hasyiah Imam Baajuri 'ala Fathil Qhorib juzk 1
- Fiqh 'ala Mazahib Arba'ah Syeikh Abd Rahman al - Jaziri juzk 1

Memang ada khilaf dalam isu kenajisan anjing. Jumhur ulama berpendirian anjing najis pada keseluruhannya. Sebahagian ulama mengatakan najis pada liur jilatannya sahaja dan sebahagian mengatakan suci. Namun di dalam berfatwa ada beberapa adab dan panduan.
1) berfatwa mengikut mazhab masyarakat setempat. Di sini mazhabnya Syafie, maka yang awla mengikut mazhab Syafie iaitu anjing najis keseluruhannya (yang juga merupakan pandangan jumhur fuqaha)
2) mengambil jalan ihtiaath (cermat). Di dalam masalah ini yang cermat adalah berpegang dengan pandangan jumhur bahawa anjing najis keseluruhannya.
3) apabila telah jelas pendapat yang rajih (yang kuat) maka perlu berpegang kepada yang rajih kecuali atas keperluan yang mendesak. Di dalam masalah ini ramai ahli ilmu melihat pendapat jumhur sebagai yang rajih.
4) sekiranya tidak jelas mana yang rajih (kuat) sekalipun, kaedah mengatakan "keluar dari perkara khilaf digalakkan:
الخروج من الخلاف مستحب
Di dalam isu ini keluar daripada khilaf adalah dengan bertindak berasaskan pendapat yang mengatakan anjing itu najis keseluruhannya. Wallaahu a'lam.
Secara jujur apa yang saya perhatikan sekarang bukan strictly hukum feqah semata2. Ada pergerakan tersusun untuk menimbulkan keraguan ummat Islam terhadap agama mereka. Mereka mulakan dengan yang boleh makan cekak dahulu, bab sentuh anjing, mereka tahu ada khilaf tentang kenajisannya, yang penting akan timbul di dalam hati ummat Islam, ooo.. Yg aku pegang selama ni tak betul rupa2nya. Ntah2 banyak lagi yang tak betul dalam agama Islam selama ni. Padahal kalau khilaf sekalipun yang ahwath (lebih cermat) adalah meraikan pendapat yang mengatakan najis.
Lepas ni babi pula, Melayu tak geli babi makan daging je haram, pegang takpe, tulang, kulit semua ok, pastu arak, Melayu tak geli arak, dibawa pendapat yang mengatakan arak tu tak najis, yang haram kalau minum, kalau tak minum, mandi arak pun tak pa. Pastu couple, Melayu tak anti couple, sebab yang haram tu cuma zina, couple dilarang sebab sadd zari'ah je. Kalau memang tak nak berzina tak salah keluar bercouple dll. Depa pandai, sikit2 depa cungkil bagi terpelanting buang pegangan ummat Islam
نسأل الله العفو والعافي

Perkongsian dari group whatsapp saya...


gambar sekadar hiasan...

No comments: