22 Oct 2014

5 Tips Memikat Hati suami


Tidak lama lagi masuk  bulan November. Anniversary ke 4 kami. Biasa kami akan bercuti, tapi tahun ni tak terfikir lagi nak ke mana. Macam malas je nak ke mana2. Tak pa ada masa lagi utk berfikir. Kali ni nak share tips cara memikat hati suami. hehehe...

Walaupun da lama berkahwin, tapi kalau orang tua2 cakap 4 tahun tu baru lagi. Banyak lagi kena belajar. Untuk kekal kan rumahtangga kita bahagia, kita pasti akan buat sesuatu supaya suami sentiasa sayangi kita kan. Jangan lupa walaupun da beranak pinak, keutamaan kita tetap suami No 1.

ok kita teruskan pada tips ini...

5 tips memikat hati suami

1. Mencantikkan diri luaran dan dalaman


Kita pasti nak kelihatan sentiasa cantik di mata suami, jadi harusla menjaga kecantikkan luaran dan dalaman. Makan la supplement yg sesuai utk penjagaan dalaman wanita. Kalau produk shaklee sesuai sangat ambik alfalfa dan vit e.  Bukan sahaja jaga dalaman wanita malah luaran pun nampak cantik.

2. Berdiet dan kuruskan badan

Biasa lepas bersalin mesti badan banyak yg da tergelebah sana sini kan. Jadi haruslah kita usaha dapatkan semula bentuk badan yg cantik kita sebelum pregnant dulu. Ada org cakap suami kena la terima seadanya kita. Tapi kalau takut suami cari lain jaga la badan kita. Biar la sama cantik sama padan kan. Boleh amalkan set kurus shaklee :)

3. Layan suami bagai raja

Bak kata sifu shaklee saya, layan suami bagaikan raja. Layan dia makan dengan betul. Cara pikat hati suami tang perutnya ( selera makannya). Masak sedap2 untuk suami. Air tangan isteri la pengikat kasih sayang. Kalau asyik beli makan luar je, tak boleh juga. Kena jaga semua keperluan dia. Jaga zahir dan batin dia. Benda ni tak boleh ambil mudah.

4. Berhias dalam rumah

Biasa kita kalau nak keluar jalan2 baru la pakai make up, pakai baju cantik2 tapi duduk rumah pakai baju da koyak2, baju tidur, muka pucat lesu. Jadi tak salah kalau nak pikat hati suami kita pakai la skit lips gloss ke, tepek pedak skit2. Pakai wangi2. Jangan la suami balik je bau ikan :)

5. Kualiti masa bersama suami

Jangan abaikan masa bersama suami. Walaupun da penat mengemas rumah, jaga anak2, kita ambil masa sikit untuk borak2 dgn suami. Teman dia tengok tv ke. Sentiasa luahkan masa utk berborak2 dgn dia tanya tentang kerja ke, atau apa sahaja. Time anak sedang tidur masa yg sangat sesuai utk borak panjang dgn suami. Jangan suami ada rumah sibuk la nak main handfon la, bergayut dgn kawan la. Masa dengan suami amat berharga. 


Ok tu je 5 tips yang simple yang nak di share kan. Saya belajar pun dari orang2 yg berpengalaman dan banyak kn google. Ilmu itu sangat penting. Jangan berhenti mencari ilmu.









No comments: