22 Apr 2013

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua...


Ramai customer saya mintak tips penyusuan dari saya. Sememangnya PERCUMA utk customer2 saya. Tips tu tak akan dapat dimana2. Hanya dengan pembelian SET PENYUSUAN, anda semua layak mendapatkan secara percuma dari saya. Jika amalkan tips penyusuan tu, susu pasti meriah. Ada juga customer saya tidak berpuas hati kerana dia telah mengambil supplement, tapi susu tetap sama, tiada perubahan. Bila di tanya macam mana cara pam dan sebagainya, JAWAPANYA "saya pam x ikut masa', "saya pam bila breast saya berat", "malas la nak pam hasilnya dapat skit je"... Kalo macam ni, niat utk menyusu 2 tahun tu tak akan sampai. Memang salah jika kita nak pam tapi tunggu breast berat dulu. Susu akan makin lama makin merundum. Jadi jangan salahkan supplement. Kita x boleh berharap pada supplement semata2. Kita pun kena berusaha juga dan konsisten pam. Pasti susu meriah.


Hari ni saya nak bagi satu tips utk banyakkan susu ibu. Pernah dengar Power Pumping?


Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.

3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – Kekurangan susu berpunca dari pelbagai factor seperti perubahan hormon, period, kurang mengepam dan lain – lain.


Bagaimana utk buat Power Pumping?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan ulangi cara yang sama selama 1 jam.


Waktu yang sesuai utk lakukan Power Pumping?

Waktu yang disarankan ialah waktu malam hingga ke subuh kerana pengeluaran hormon lebih tinggi waktu ni. Dan seelok-eloknya buat sehari sekali. Bagi mommies yang tiada masa, boleh lakukan bila -bila masa. Lebih - lebih lagi bagi mommies yang bekerja seperti saya. Saya lakukan time rehat dan bila - bila masa saya free. Boleh juga buat pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat 2 hari berturut2 semasa cuti dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, in sya Allah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam

♥ Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

♥ Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya

♥ Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan

♥Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

♥ Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu.

♥Pum setiap 2-4jam sekali

♥Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

♥Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)


HAPPY PUMPING!!! ^^


0176777153

No comments: