28 Apr 2013

Cara Panaskan Susu Ibu

Assalammualaikum... salam sayang...


Semalam banyak sangat keje kat opis, x sempat nak update blog. Ni curi2 masa update blog jap. Kali ni nak share cara panaskan susu ibu.

Semua orang tahu kan susu ibu ni senstif sangat2. tak sama macam susu fm. Susu fm boleh digoncang2, tapi susu ibu tak boleh ye. Cuma boleh digoyang2 manje je. Ok tak nak bebel panjang lebar. Jom tengok gambar dibawah. Cara - cara panaskan susu ibu (EBM), utk bagi si si manja minum.




1. Keluarkan pek susu beku mengikut keperluan anak anda - Biasa saya akan keluarkan malam, letak di chiller. Esok comfirm cair. Tapi ni utk guna keesokan hari nya.

2. Untuk mencairkan susu beku, rendam dalam semangkuk air atau lalu kan di bawah air paip - ini cara utk cairkan cepat susu ibu dan terus boleh guna.

3. Tuang susu yang telah cair ke dalam botol susu - ikut keperluan bayi. jika bayi kecik lagi, minum tak banyak. Biasa 2- 3 oz sahaja, yang selebihnya simpan dalam peti ais semula ( chiller ). Susu yang sudah dicairkan boleh gune 24jam jika tidak dipanaskan.

4. Panaskan susu sama ada menggunakan warmer atau rendam dalam semangkuku air suam (nisbah 1 cawan air panas 1/2 cawan air sejuk) - tak boleh panaskan atas dapur atau dalam microwave. Suhu x boleh terlalu panas, nanti khasiat susu kurang.

5. Selalu periksa suhu susu sebelum memberikan kepada anak anda - kena cek ye supaya x la panaskan bayi kita minum susu. Nanti melecur plak mulut dia.

6. Terus bagi bayi anda minum susu. ^_^


Bagi ibu2 baru, ikut ye cara ni. Susu ibu memang kena jaga dengan betul supaya khasiat nya tidak kurang dan sama seperti susu fresh yang lepas di pam.

1 comment:

Ati said...

Mintak izin ambil gambar ya