23 Apr 2013

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) ~ Rawat La Dengan VIVIX

Penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus ini merupakan penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh iaitu autoimmune disease.
Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Rheumatologi, Jabatan Perubatan Hospital Selayang, Selangor, Dr. Ong Swee Gaik,

"Sistem pertahanan tubuh merupakan rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing. 

“Sistem pertahanan tubuh yang normal akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisme yang masuk ke dalam tubuh untuk mengelak serangan jangkitan organisme berkenaan. Antibodi yang terhasil akan menyerang organisme tersebut untuk mempertahankan tubuh,”.

Malangnya bagi seorang pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri yang menyebabkan organ di dalam tubuh pesakit mengalami keradangan. 

Terdapat tiga jenis penyakit “lupus” iaitu:
i) Discoid Lupus Eritematosus (DLE) iaitu yang melibatkan kulit sahaja, 
ii) Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) yang boleh melibatkan pelbagai organ di dalam tubuh, dan 
iii)Drug Induced Lupus yang diakibatkan daripada sesetengah ubat-ubatan. 

Penyakit ini kadang-kadang sukar didiagnos pada peringkat awalnya kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini adalah kerana gejala-gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. 

Antara tanda-tanda dan gejala-gejala yang dikaitkan dengan SLE ialah:
* ruam-ruam pada kulit muka dan badan, 
* kulit yang sensitif kepada cahaya matahari, 
* ulser pada mulut, 
* keguguran rambut, 
* sakit dan radang pada sendi, 
* demam yang berlarutan, 
* rasa letih-lesu, 
* sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy) dan 
* vasculitis (radang pada saluran darah). 

Penyakit ini buat masa ini, tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dirawat dan dikawal. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, pesakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang. Selain daripada buah pinggang yang merupakan organ penting, SLE boleh juga melibatkan otak, jantung, paru-paru dan darah.








VIVIX
Vivix, Revolusi terbaru dari Shaklee

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Sumber: Shaklee Malaysiabuahatikusayang





Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Fanpage: http://facebook.com/VitaminterbaikAnda
Pin BB : 2949585B
COD : MUAR, TANGKAK, JASIN, MELAKA


Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia



No comments: