21 Jan 2013

Anak Susuan saya...

15 Januari 2012 keluar berita tentang anak susuan di akhbar metro. Muka surat depan skali. Tajuknya PAHALA 700KALI. wah, bestnya.. Bukan 1 anak susuannya tapi 3 anak susuannya. Mulia hati ibu itu.




Tiba2 terasa nak cerita tentang adik Aqif ni. Aqif da ade adik? wah laju je mama Aqif bagi Aqif adik ;) ...Adik Aqif ialah adik susuan Aqif iaitu anak susuan saya. Nama nya Muhammad Irfan bin Mohd Azrin. Beza umur setahun je. Lahir pada 23 Feb 2012 seberat 2.95kg.



Irfan memang minum susu ibu sepenuhnya. Disebabkan mama irfan ade masalah kesihatan masa umur irfan lebih kurang 3 bulan, mama irfan tidak boleh menyusukan irfan selama seminggu atas nasihat doktor. Mama irfan kena makan ubat selama seminggu. Jadi Stok susu yang mama irfan simpan tidak mencukupi untuk irfan. Mama irfan terfikir utk memberi irfan susu formula. Bila mama irfan cerita kepada saya, saya terfikir utk membantu mama irfan. Stok susu Aqif memang byk masa tu, jadi saya berniat ingin membantu. Sayang kalau beri irfan susu formula sebab niat mama irfan utk memberi irfan susu ibu sehingga 2 tahun. Lagi pun saya cuma membantu utk 4 hari sahaja. Selepas 7 hari, mama irfan boleh menyusukan irfan seperti biasa. 

 Syarat anak susuan ialah umur tidak lebih dari 2 tahun, penyusuan sebanyak 5 kali kenyang. Jadi irfan sah menjadi anak susuan saya. Orang cakap susah ada anak susuan ni. Tapi bagi saya, x susah jika tidak terputus hubungan. Jangan jadi kan ia sebagai alasan, jika cakap susah, susah la jadi nya. Sejak dari peristiwa tu, hubungan kami sekeluarga jadi rapat. Sedangkan da lama sgt xjumpe mama irfan ni sejak habis sekolah rendah. Kami jumpe pun di facebook, selepas dua-dua sudah bergelar isteri. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni. 


sekarang irfan 11 bulan


majlis Aqiqah Irfan
 Mama & Papa Irfan


KAMI ;)




Mama Irfan mengamalkan Alfalfa dan ESP untuk menyusukan irfan, kekal cantik dan bertenaga. Mama Irfan juga mengamalkan GLA COMPLEX utk menjaga kecantikan dalaman & luaran wanita.




Saya pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan Brunei. Dapatkan konsultasi PERCUMA & TERBAIK dengan setiap pembelian dari blog bahagiamilikku.





Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Fanpage: http://facebook.com/VitaminterbaikAnda
Pin BB : 2949585B
COD : MUAR, TANGKAK, JASIN, MELAKA


Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia

No comments: