25 Sept 2013
Tujuan nak ke hospital cek Aqif selsema teruk dan batuk2. Sejak isnin dia da selsema batuk. Malam semalam badan dia dedar.. so pagi da plan nak EL. Tapi pergi ofis jap settle kan keje. Tiba2 along call bagitau Aqif nangis2. Dia tunjuk bebird dia. sakit. nak kencing sakit. Sampai gigil2 kaki dia. Hati da tak tentu arah ni, nak balik tengok Aqif. Pagi tadi sebelum dia bangun tidur pun dia ada nangis2, tepuk2 bebird dia. bukak pampers dia tengok macam bengkak sikit. Tapi masa tu tak fikir ape2. Mungkin kena gigit semut.
Sampai je rumah along terus bawak dia ke hospital. Pergi bahagian pesakit luar kat poliklinik. Da pukul 10 memang dapat nombor jauh sangat. 4122 sekarang baru 4053..
Kalau rasa lama sangat memang kena keluar pergi klinik. Takot Aqif yang tak tahan lama2. Sekarang memang dia ok je... Main2 je macam tak de ape2... Tiba2 Aqif nangis lagi. Tepuk2 pampers sebut " yak yak".. meraung2.. Time nak kencing mesti nangis2. Tak boleh jadi ni, terus keluar jalan kaki ke hospital. Nak bawak kete memang susah nanti. Nak cari parking je da makan masa. Lagi pun tak la jauh sangat. Saya terus ke bahagian emergency. Menangis2 bila doktor nak tengok bebird dia. Doktor bincang sama doktor..
Bila Aqif da ok, memang dia akan senyap macam tak de ape2. Relax je main2 nset. Saya memang da nangis mase dia nangis2. Kesian tengok dia. Nak kencing sakit. Ni mase tunggu keputusan doktor.
Doktor bagitau kene admit. Memang risau sangat. Kenapa la dengan Aqif ni. Papa dia tengah kerja. Bagitau papa dia, lagi la papa dia risau. terus settle kn keje yg penting2 n balik muar tengok anak kesayang kami.
Aqif da ok, tak nangis2 lagi. Tenang sikit hati. Walaupun tengah risau lagi sebab doktor belum cakap ape2. Pukul 2 lebih doktor datang cek. Tgk bebird dia lagi. Bila da ramai2 kerumun dia memang dia takut. Tak bagi nak tengok bebird dia. Pakar bagitau lubang kencing dia sempit, jadi dia susah nak kencing. Doktor suruh SUNAT. Sunat??? Kecik2 da nak kena sunat. ( ckp dlm hati la kan). Jika tak sunat kan mungkin akan berlaku lagi. Nak tak nak kena la ikut cadangan doktor. Kesian plak kalau berlaku lagi.
So malam tu memang kena la tidur kat hotel 5 bintang. Papa balik jasin. Boring la Aqif sebab tak dapat main mainan dia. Asyik nak turun katil berjalan2. Tak reti duduk diam. Da tak ada mainan lain, dia main kasut mama dia. Jalan2 kat dalam bilik tu. Susah sangat nak tidur. dalam pukul 11 lebih baru tidur.
26 Sept 2013
Doktor cek macam biasa. Aqif pun da tak nangis lagi kalau dia nak shi shi... So buat apa nak tunggu lama2 kat hospital kan. Baik balik rumah. Badan pun da sakit2 tidur kat hotel 5 star ni. Doktor bagi date untuk Aqif sunat. Dan beberapa apointment sebelum di sunatkan. 11 okt amik darah kat hospital. 17 Okt jumpa pakar. 23 Okt admit dan 24 POTONG!!! ;)
Sian anak mama, kecik2 lagi da kena sunat. Ramai cakap bagus, senang jaga. Harap2 macam tu la. Saya mintak cuti seminggu untuk jaga Aqif. Lagi pun cuti banyak lagi. So perlu diabiskan sebelum resign.. :)
Petang baru la settle semuanya. Sebelum keluar, sempat Aqif main kat playground di hotel 5 star.. hehehe
Happy je dia... Tak lama lagi anak mama da besar :)
Saya pengedar SAH Shaklee Muar.. Jom COD dengan saya.. free delivery.. Khas utk customer saya di muar..
hubungi saya
♥ Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153
♥ Email: azah150386@yahoo.com
♥ Email: azah150386@yahoo.com
♥ FB : Azah Ezat
♥
COD
: MUAR, TANGKAK, JASIN, MELAKA
No comments:
Post a Comment