4 Sept 2017

5 TIPS UNTUK KEKAL CANTIK






Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:



1) Senaman membina peribadi positif – Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.



2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.



3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.



4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.



5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.

Semoga terus kekal cantik ya..



8 Mar 2017

MINYAK IKAN TERBAIK ~ Omega Guard Shaklee




sharing dari kawan fb : Hafiz sulaiman

MINYAK IKAN TERBAIK?
----------------------------------------
.
Siri Ulangkaji bagi yang ketinggalan post saya beberapa tahun lepas berkenaan macam mana nak cari minyak ikan terbaik.

.
Tengok LABEL.

Jumlah minyak ikan - minyak omega 3...
@ total fish oil tolak kandungan (EPA& DHA)

= Minyak FILLER
.

Anda akan dapat minyak filler atau minyak pengisi saja untuk penuhkan softgel tu.

Antara filler yang digunakan ialah minyak canola, minyak dari usus atau kepala ikan..

Contoh pemenang dalam jadual yang saya sertakan ialah minyak ikan Shaklee Omegaguard kerana:

1) jumlah minyak omega3 tertinggi
EPA(540mg)+DHA(360mg) = 900mg!

2) Jumlah minyak filler
Jumlah minyak 1000mg-900mg= 100mg sahaja

.
.
Anda ni nak beli minyak ikan omega3 minyak usus ikan? Nah, cuba royak kat ambe, dalam jadual ni brand mana yang tercorot..

.
.

Penafian: saya tak jual shaklee..sedara mara atau kawan saya pun takde yang jadi agen. Yang buat jadual dibawah lagi saya tak kenal hehe.. produk MLM tak semestinya tak bagus..Produk USANA pun boleh tahan..cuma tengok poket lah.. Shaklee omegaguard pun sy x mampu weh..saya pun lagi prefer minyak ikan kod atau minyak krill..nanti ada peluang saya cerita pula kegemaran saya ya.. kredit kepada blog motherbabycare.info atas jadual yang bagus.

Yang lagi bagus sudah tentu ikan berlemak... Terbaik rezeki dari Allah ;),l




1 Mar 2017

Nutriwhite :Cara Guna Makeup Remover

Rutin malam favourite sebelum cuci muka dengan Gentle Deep Foaming Cleanser shaklee.

Makeup Remover ni bukan untuk yang pakai makeup je, fungsi dia boleh buang sel-sel kulit mati dan juga kurangkan whiteheads serta blackheads.
Siapa dah try ni confirm akan beli Set Nutriwhite yang lain-lain juga sebab memang serious best gilaaa tak tipu! 😍

Cara pakai :
• Pastikan tangan bersih dan kering, muka pun kena dalam keadaan kering.
• Kalau muka jenis oily, lap dengan tisu minyak dulu sebaiknya
• Ambil sikit makeup remover nih macam size duit 5 sen, gosok dan sental lembut ke seluruh wajah
• Daki-daki, kotoran dan sel kulit mati akan keluar perlahan-lahan
Hasilnya?
Kulit yang semakin licin, lembut dan bersih ❤️

Tak mahal pun, 1 tube ni harga baru RM101 tahan lebih 6 bulan penggunaan.
Memang inshaaAllah berpuas hati dengan hasilnya, yang jenis pakai make up lagi la wajib try!




azah
0176777153
trusted seller since 2013