20 Oct 2012

CARA PENYIMPANAN SUSU IBU (PERAHAN)


Saya ingin kongsikan info mengenai cara penyimpanan stok susu perahan.
Semoga ianya dpt dimanfaatkan oleh ibu2 baru seperti saya....hehehe



SUHU BILIK

·        Suhu bilik biasa :4 jam

·        Suhu bilik air –cond : 6-8 jam


FREEZER


BAHAGIAN BEKU

·        Peti Sejuk (1 pintu) -- 2 minggu

·        Peti Sejuk (2 pintu) (-20 °C) - 3 bulan

BAHAGIAN BAWAH (rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

·        (sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)

·        (selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam

Deep freezer, tahan antara 6 -12 bulan




TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)

* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah

Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
 * Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.



JANGAN BUAT!!

·        Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
·        Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

·        susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula

·        susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

·        Susu yang dipanaskan tahan 1-2jam sahaja.





Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia. Dapatkan konsultasi dengan setiap pembelian dari blog ini.




Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Pin BB : 2949585B

Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia


No comments: