30 Dec 2015

Penghidap PCOS Masih boleh hamil


Jangan risau, penghidap PCOS masih ada harapan untuk hamil...

Apa itu PCOS? 

Mesti ada yang tidak tahu apa itu PCOS kan. Saya dulu pun tidak tahu apa itu PCOS. Bila da meningkat dewasa baru tahu.

Pcos (polycystic ovary syndrome) atau sindrom polikistik ovarium merupakan gangguan kesuburan pada wanita. Kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana beni - benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita.




FAKTA mengenai PCOS 


-PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi dimana berlaku ketidak seimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. 

-Dikatakan 6-10% wanita mengalami masalah kesihatan ini.
Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidapi PCOS. 

-Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ianya terjadi. 

-Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi,ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan berlebihan.
PCOS terjadi kebanyakan pada wanita usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dalam kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan. 

-Ramai wanita mengalami gejala atau simpton yang berbeza di antara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnose secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat. 

-Ada juga yang mempunyai simpton yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simptom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu pada muka dan keguguran rambut.






TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS


1. Tidak Subur atau Mandul


Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.



2. Haid Tidak Teratur


Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.



3. Gemuk


Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.



4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan


Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.



5. Tumbuh Rambut


Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini.



PCOS boleh di diagnosa melalui cara :

  • Ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid. 
  • Ujian tahap hormon testosterone dalam darah. 
  • Ujian ultrasound. 


Rawatan untuk PCOS.


Setakat ini masih belum ada ubat untuk merawat PCOS. Ia adalah penyakit sepanjang hayat. Penghidap PCOS masih ada harapan untuk hamil. Penghidap PCOS yang ingin mengandung perlu mengambil pil hormon seperti GLA COMPLEX dan SET KESUBURAN SHAKLEE






Perbaiki hormon anda sekarang juga!


Hubungi saya segera untuk dapatkan nasihat dan cadangan..





28 Dec 2015

Pengedar Shaklee Tangkak

               Mencari pengedar berdekatan anda?




Nama : Mastura Bt Khidir
FB : Mastura Khidir
IG : mastura 1157278
Whatsapp / LINE / wechat / telegram : 012 - 6130907
Email : kamupilihku88@gmail.com




Full time saya kerani..
Part time saya ber"shaklee"...


Nak order nak tnya boleh jek nanti bila saya free saya balas.. Kalau lambat jangan marah..
Apa kelebihan beli dengan saya terus?

Tiada caj penghantaran. Boleh dapat diskaun. Dan yang paling istimewa, TIPS exclusive akan diberikan khas untuk pelanggan2 saya sahaja. Saya bersedia menjawab segala pertanyaan anda.
Jika ingin menjadi ahli dan menikmati harga ahli dan kelebihan yang lain, boleh terus daftar online dari saya. RM80 untuk seumur hidup. Tidak perlu renew setiap tahun. Sangat jimat dan berbaloi.
Kelebihan menjadi ahli boleh klik ------> BONUS JADI AHLI.
Jom amalkan gaya hidup sihat bersama SHAKLEE...

Bersiaran semula... Pengedar Shaklee Muar Dan Jasin...

Assalammualaikum semua...

Hampir setengah tahun tidak bersiaran disini. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bersiaran semula... Banyak perubahan yang nak diberitahu... Terutama nya... SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE MUAR DAN PENGEDAR SAH SHAKLEE JASIN... :)

Nombor telefon untuk dihubungi masih sama 017 - 6777153... hanya nombor ini sahaja.. Nombor 019 - 7557153 tiada lagi dalam talian... Jadi bagi sesiapa yang masih simpan nombor celcom, da boleh delete ye... hehehe.. maaf atas kesulitan...

Menyediakan penghantaran PERCUMA di kawasan berdekatan MUAR dan JASIN.. Dan penghantaran melalui POSLAJU / SKYNET bagi seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Konsultasi PERCUMA untuk setiap pelanggan yang dikasihi... Dan tips - tips yang berkesan untuk ibu menyusu, ibu hamil, yang nak kurus, yang nak tambah berat badan dan yang inginkan kecantikan asli dari dalam...

Bagi ibu - ibu yang menyusukan bayi, jika inginkan nasihat atau segala tips untuk tambah susu, boleh juga hubungi saya.. Saya boleh share cara untuk simpan stok susu bagi ibu - ibu yang bekerja. Saya mempunyai pengalaman menyusukan anak pertama semasa berkerja selama 2tahun.

Dapatkan harga yang mampu milik dari saya... Jika ada masalah apa - apa, boleh terus hubungi saya. Nak join bisnes shaklee? sangat di alu - alukan..



Belanja satu gambar terbaru saya sekeluarga..