16 Nov 2012

TEKNIK MEMERAH SUSU ~ TEKNIK MARMET


Memerah dengan tangan ( marmet )



1. Basuh tangan dengan bersih.
2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.
2. Duduk dengan selesa.
3. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.
3. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan.
4. Ampu payudara. 
5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.


6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9).

Tolak kebelakang

7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).
9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.

Tolak dan golek

Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.

10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.
11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.
12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.

Pastikan korang TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.


-Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan. 
-Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak. 
-Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak. 



Tips memerah susu

1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan

2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)

3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan

4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump

5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)

6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)

7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu

8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang 
satu lagi 

9.  Melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks



Jom buat marmet... Ramai cakap hasilnya sgt lumayan, cuma penat skit la...
Happy Breastfeeding mommies!

Kembalikan Wajah Segar, Bebas Dari Kesan Alahan ~ Set Skin Care SHAKLEE

Dipetik dari blog kak Jannatul


Testimoni seorang pengguna Set Kecantikan Kulit ni betul-betul membuatkan saya terus jatuh cinta dengan vitamin-vitamin Shaklee :). Mana taknya, dulu muka yg kusam penuh bintik2 alahan tapi kini kulit cantik bersih, mulus & menggoda.

Betul ke? Jom percaya!


* kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu

Oh... memang jatuh cinta kan :)

Terima kasih Zeti atas perkongsian ni :

Kawan saya ni, Normala ada masalah alahan terhadap makanan laut yang agak teruk. Memang sebelum ni setiap kali makan udang ke, sotong ke, ketam atau yang sewaktu dengannya - hampir pasti akan timbul tanda-tanda alahan di seluruh badan termasuk muka. Bukan itu sahaja, jika makanan seperti mee dan nasi yang dimasak bersama makanan laut pun boleh mendatangkan kesan walaupun tidak dijamah seafood tersebut secara terus. Tanda ni akan ambil masa berhari-hari mungkin berminggu-minggu untuk hilang sepenuhnya. Sayangnya, kawan saya ni memang suka seafood. Nak tak nak dia terpaksa tanggung kesan alahan setiap kali teringin makan makanan kegemarannya tu.

Akhir Januari lalu, Normala hubungi saya untuk cuba produk SHAKLEE dan minta cadangan. Saya pun mencadangkan dia mencuba vitamin asas dalam kesihatan kulit seperti B-Complex, Vitamin C dan Vitamin E serta ditambah dengan Alfalfa yang sesuai untuk mereka yang alahan. So, jom kita baca apa kata Cik Normala ni sendiri :


Betul-betul best!

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.




Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya


Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com 
FB : Azah Ezat
Pin BB : 2949585B

Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia



12 Nov 2012

Stok Susu Utk Si Manje...

Alhamdulillah....Aqif skrg da 11bulan...masih lagi minum susu mama sepenuhnya... Berkat mengambil SET 3M, Doa, Usaha dan pumping yg berterusan, stok susu aqif makin bertambah. Dulu susu macam ni 

ni mase aqif 2bulan
 Stok susu simpan kat umah kakak je, sebab Babysitter Aqif makcik dia sendiri....hehehe...Senang, kalau susu tak cukup amik je dlm deep freezer..


 Tapi makin lama stok susu Aqif makin bertambah....Kena la beli deep Freezer...











 Ni rak yg ke 2...da disusun dgn cantik dan ikut tarikh..jadi senang skit...

Ni rak ke 3...yang ke 4 lupe amik pic...tp belom penuh lagi...:)












Alhamdulilah... stok susu aqif semakin banyak. Semoga saya berjaya menyusukan Aqif selama 2 tahun. Amin....





Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya


Call/Sms/WhatsApp : 017-6777153 @ 019-7557153
Email: azah150386@yahoo.com
FB : Azah Ezat
Pin BB : 2949585B


Serasi Bersama Shaklee Membawa Bahagia